DREBAR
Subash memenangi Peugeot RCZ!

Pemenang-pemenang pertandingan ‘Drive 2 Win’ yang dianjurkan Nasim Sdn Bhd sudahpun diumumkan, dan Subash A/L Loganathan sudah pasti pulang dengan senyuman yang paling besar setelah pulang dengan Peugeot RCZ baharu selaku pemenang hadiah utama. Manakala Abdul Razak bin Hassan, Steven Ng Chong Wey dan Ng Chin Wei masing-masing mendapat Macbook Air, telefon pintar Sony Xperia Z2, dan baucar membeli-belah bernilai RM500.
Mekanisme penyertaan yang mudah – iaitu memandu uji model Peugeot di mana-mana bilik pameran di seluruh negara, isi borang dan serahkan – menjadikan pertandingan ini suatu bentuk promosi yang cekap untuk model-model yang dijual Nasim Sdn Bhd.
Mengikut Dato’ Samson Anand George iaitu ketua pegawai operasi Nasim Sdn Bhd, kempen ini telah melonjakkan jumlah pandu uji sebanyak 30% di samping menarik perhatian awam untuk mengunjungi bilik pameran Peugeot.
Pemenang pertandingan #peugeotselfie juga mendapat hadiah-hadiah mereka, termasuk Yap Siew Yee yang memenangi hadiah pertama berupa sepasang kamera GoPro Hero 4.Tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh San Mun Shaik dan Muhammad Luqman bin Kassim Ali, masing-masing mendapat telefon pintar Samsung Galaxy S5 dan kamera digital Canon.