KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan (PDCK) akan terus bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.
Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata bagi kes di sempadan, pihaknya akan memberi tumpuan di kawasan sungai sepanjang 96 kilometer antara Kelantan dengan Thailand.
"Kami bergerak setiap hari secara tindakan terus, kerana ada unit tangkap khas bersama agensi lain termasuk tentera, polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), supaya ketirisan ini tidak berlaku melibatkan bekalan seperti minyak diesel, minyak masak, gula dan tepung.
"Paling sukar dihadapi apabila pelaku telah melepasi garis sempadan dan kuasa kita hanya di sini negeri ini sahaja," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Azman berkata berdasarkan pengalaman, pihaknya pernah memberkas rakyat tempatan menggunakan kenderaan tanpa sebarang pengubahsuaian pada plat pendaftaran kenderaan Malaysia, namun kegiatannya dikesan apabila terlalu kerap mengisi minyak di stesen sama.
"Setelah melakukan risikan dan mendapati berlaku kegiatan penyeludupan minyak diesel secara haram, walaupun dalam kuantiti kecil dan tangkapan telah dibuat ketika pelaku sedang mengisi minyak secara berulang kali di sebuah stesen berhampiran sempadan.
"Pendekatan terbaharu kita ialah meletakkan stesen statik terpilih di kawasan sempadan, membolehkan kami mudah memeriksa sekiranya berlaku transaksi mencurigakan, manakala pemilik stesen minyak pula perlu memberi kerjasama," katanya.
Sementara itu Pengerusi PDCK Che Din Mohamad berkata pengusaha stesen minyak sekitar Kelantan menyatakan pendirian akan terus mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan, bagi mengelak ketirisan subsidi diesel dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Sekiranya kami mendapat laporan berlaku ketirisan dengan bukti kukuh dalam kalangan pengusaha stesen minyak terutama ahli persatuan sendiri, kami tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa.
"Pihak persatuan sering mengadakan perjumpaan bagi mendengar perkara serta isu berbangkit, selain memberi penerangan tentang isu-isu semasa yang diumumkan pihak kerajaan supaya pengusaha stesen minyak tidak terlibat dalam pelanggaran undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Azman berkata bagi kes di sempadan, pihaknya akan memberi tumpuan di kawasan sungai sepanjang 96 kilometer antara Kelantan dengan Thailand. - Gambar fail/Bernama
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Subsidi bersasar diesel : KPDN, PDCK pertingkat langkah elak ketirisan di sempadan
KPDN Kelantan dan Persatuan Pakatan Dealer-dealer Caltex Kelantan akan bekerjasama membanteras ketirisan subsidi di sempadan Malaysia-Thailand.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.
Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) berkuat kuasa hari ini.
KPDN anjur Simposium Kos Sara Hidup 2023 dari 28-29 Nov
Simposium anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu diadakan secara berskala besar selepas kali pertama ia diadakan pada 2021.
Kekosongan jawatan Menteri KPDN: Amanah serah kepada PM
Meskipun berharap jawatan itu diberi kepada pemimpin atau ahli Amanah, namun beliau berkata, Perdana Menteri lebih berhak menentukannya.
Syor masukkan beras tempatan Sabah dalam senarai kawalan harga - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mensyorkan supaya beras tempatan di Sabah dimasukkan dalam senarai barang kawalan harga.
Cadangan penambahbaikan Payung Rahmah, biarlah kementerian buat kajian menyeluruh - Salahuddin
KPDN perlu diberi ruang untuk membuat kajian menyeluruh mengenai inisiatif Payung Rahmah sebelum mengambil kira cadangan-cadangan yang dibuat pihak tertentu.
Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli, wujudkan lebih banyak pilihan - Salahuddin
Salahuddin berkata, realitinya pengguna di Malaysia akan tetap berbelanja mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing.
Harga runcit minyak masak tulen kemasan botol kekal - KPDN
Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).