awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi bersasar dijangka bermula 2024 - Rafizi

Bernama
Bernama
11/09/2023
07:40 MYT
Subsidi bersasar dijangka bermula 2024 - Rafizi
Rafizi bercakap ketika sidang media selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Program Subsidi Bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun depan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata jangka masa itu ditetapkan setelah tempoh percubaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilaksanakan November ini, sebelum dibuka kepada orang ramai untuk pengesahan kedudukan sosioekonomi mereka pada Januari depan.
"Kaedah atau mekanisme sama ada menerusi pindahan tunai atau pemberian kad akan diputuskan dari semasa ke semasa kerana keutamaan pada masa ini untuk memastikan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah lengkap," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 15 Mei lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan bersetuju menubuhkan PADU untuk menggabungkan maklumat sosioekonomi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.
Anwar berkata sistem itu akan membantu kerajaan memastikan sebarang program subsidi dilaksanakan dengan lebih teratur untuk mengelakkan sebarang keciciran dalam kalangan penerima isi rumah yang layak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi bersasar
#Rafizi Ramli
#RMK12
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Sistem Pangkalan Data Utama
#PADU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan