awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidi bersasar: 'Hidangan dah siap, tunggu tok imam baca doa saja'

Israr Khalid
Israr Khalid
18/02/2023
01:40 MYT
Subsidi bersasar: 'Hidangan dah siap, tunggu tok imam baca doa saja'
SALAHUDDIN: Ia penyelesaian tuntas kepada isu kos sara hidup juga ketirisan dalam rantaian bekalan barangan bersubsidi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberi bayangan bahawa usaha subsidi bersasar sudah sedia untuk dilaksanakan.
Katanya, kementerian sudah mempunyai cukup data yang disokong statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Jelas beliau, pelaksanaan subsidi bersasar nanti akan menjadi penyelesaian tuntas kepada isu kos sara hidup juga ketirisan dalam rantaian bekalan barangan yang selama ini diberikan subsidi.
“Kalau ikut ICU pada akhir Disember 2022, bilangan miskin tegar dalam negara kita ada 127,000 isi rumah dan kalau golongan B40 secara keseluruhannya lebih kurang 8.6 juta.
“Hidangan itu sudah siap, tunggu tok imam datang baca doa saja. (Bermakna) kita boleh buat,” katanya dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Katanya, pelaksanaan itu nanti akan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan peruntukan lebih akan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Subsidi bersasar: 'Hidangan dah siap, tunggu tok imam baca doa saja' - Salahuddin Ayub
Topic Berkaitan
#Dialog Poket Rakyat
#Salahuddin Ayub
#subsidi bersasar
#isu kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan