MALAYSIA
Subsidi bersasar jalan keluar daripada 'perangkap' ketirisan - Penganalisis
Shamshul menegaskan keperluan mendesak untuk beralih kepada subsidi bersasar bagi memastikan hanya golongan benar-benar layak menerima bantuan kerajaan - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan subsidi bersasar disifatkan sebagai langkah paling berkesan untuk keluar daripada perangkap subsidi pukal yang tidak mampan dan ketirisan.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Dr Shamshul Anaz Kassim berkata, sistem subsidi menyeluruh yang diamalkan ketika ini membuka ruang kepada pembaziran, penyalahgunaan serta gagal menyasarkan bantuan kepada golongan benar-benar memerlukan.
"Saya menyokong penuh langkah kerajaan ke arah pelaksanaan subsidi bersasar.
“Ini bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan yang mendesak demi kelangsungan ekonomi negara dan keadilan sosial,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Shamshul berkata kerajaan membelanjakan sekitar RM58.1 bilion pada 2024 untuk subsidi dan bantuan secara keseluruhan, termasuk subsidi bahan api.
Selain itu, dianggarkan RM52.5 billion pada 2025 dengan data subsidi bahan api sahaja dijangkakan sekitar RM22 billion, ujar beliau.
“Jumlah itu bukan sahaja membebankan kewangan negara, tetapi turut disalahgunakan oleh pihak yang tidak layak seperti syarikat besar, individu berpendapatan tinggi, warga asing, dan sindiket penyeludupan.
“Subsidi pukal tidak lagi relevan. Golongan berpendapatan tinggi yang memandu kenderaan mewah menikmati harga petrol yang sama dengan petani, nelayan atau pemandu e-hailing daripada golongan B40. Ini menimbulkan persoalan besar dari sudut keadilan dan kecekapan penggunaan wang awam,” ujar Shamshul.
Langkah pemansuhan subsidi pukal itu, tambah beliau dapat menjimatkan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.
Kata Shamshul lagi, penjimatan tersebut akan disalurkan semula kepada bantuan bersasar lain termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Penyeludupan dan penyelewengan
Dalam pada itu, beliau menegaskan aktiviti penyeludupan bahan api ke negara jiran dilihat terus berlaku akibat perbezaan harga yang ketara, sekali gus membuktikan ketirisan dalam sistem subsidi pukal.
Menurut beliau, pelbagai taktik licik digunakan untuk mendapatkan bahan api bersubsidi secara haram termasuk penggunaan identiti palsu, peminjaman MyKad dan e-wallet, serta penyamaran kenderaan asing.
“Kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan menjadikan sistem subsidi yang sepatutnya membantu rakyat, menjadi medan eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sehubungan itu, Shamshul menegaskan keperluan mendesak untuk beralih kepada subsidi bersasar bagi memastikan hanya golongan benar-benar layak menerima bantuan kerajaan.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan memanfaatkan data sedia ada seperti Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), e-Kasih dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menilai kelayakan secara tepat.
“Dengan data yang tepat dan tersusun, kita boleh kategorikan isi rumah mengikut pendapatan dan keperluan. Ini membolehkan bantuan disalurkan secara lebih terfokus dan berimpak tinggi,” jelas beliau.