MALAYSIA
Subsidi kerajaan kekang lonjakan harga tiket penerbangan musim perayaan - Loke
Loke berkata inisiatif itu dilaksanakan tiga hari sebelum musim perayaan, iaitu tempoh permintaan tertinggi, dengan kerajaan menanggung perbezaan harga menerusi skim subsidi kepada syarikat penerbangan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Inisiatif subsidi kerajaan bagi menstabilkan harga tiket penerbangan sempena musim perayaan sejak dua tahun lepas terbukti berkesan apabila lonjakan harga melampau, khususnya bagi penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, berjaya dikawal.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata campur tangan kerajaan melalui penetapan harga maksimum tambang penerbangan telah membantu rakyat, khususnya anak perantauan untuk pulang ke kampung halaman tanpa menanggung kos tinggi ketika tempoh permintaan puncak.
Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan tiga hari sebelum musim perayaan, iaitu tempoh permintaan tertinggi, dengan kerajaan menanggung perbezaan harga menerusi skim subsidi kepada syarikat penerbangan.
"Jadi, dengan kita membuat intervensi dalam dua tahun kebelakangan ini, kita tidak lagi mendengar harga tiket melambung hingga lebih RM1,000 untuk sektor balik ke Sabah dan Sarawak," katanya.
Loke berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan kempen "Fixed Fares for Your Reunion" oleh Batik Air bagi perjalanan sempena Tahun Baharu Cina, termasuk pengumuman laluan tambang tetap serta penambahan kapasiti penerbangan bagi menampung peningkatan permintaan musim perayaan.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy.
Mengenai tambang tetap, Loke menambah inisiatif itu melengkapi dasar kerajaan yang kekal menetapkan harga maksimum tambang penerbangan pada RM499 sebelum cukai bagi semua penerbangan terlibat.
Beliau berkata terdapat penumpang yang membayar tiket penerbangan hingga RM580 atau RM600 kerana termasuk cukai yang dikenakan, namun bagi tambang asas kerajaan menetapkan harga maksimum pada RM499 dan mana-mana tiket yang sepatutnya dijual pada harga lebih tinggi akan ditanggung atau diberikan subsidi oleh kerajaan.
Beliau berkata pelaksanaan harga maksimum itu melibatkan implikasi kewangan besar, dengan kerajaan membelanjakan lebih RM20 juta setahun, justeru ia hanya dilaksanakan bagi penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
"Penerbangan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung tidak tertakluk kepada harga maksimum kerana laluan itu tidak mempunyai tekanan masa yang sama.
"Justeru, untuk sektor kembali ke Semenanjung, mereka boleh merancang perjalanan mengikut kesesuaian dan mengikut kos," tambahnya.
Beliau berkata kerajaan juga berharap rakyat memahami tujuan campur tangan itu adalah untuk menstabilkan harga dan mengelakkan rungutan setiap kali musim perayaan.
Menyentuh soal permintaan penerbangan sempena musim perayaan, Loke berkata penyedia perkhidmatan penerbangan turut menambah penerbangan tambahan bagi laluan Johor Bahru-Sibu walaupun ia bukan laluan berjadual.
Beliau berkata permintaan ke Sibu kekal tinggi pada setiap musim perayaan kerana lapangan terbang itu berfungsi sebagai pintu masuk utama ke kawasan tengah Sarawak, termasuk Sarikei dan Kapit.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Inisiatif subsidi kerajaan berjaya menstabilkan harga tiket penerbangan sempena musim perayaan terutamanya untuk penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
- Campur tangan kerajaan melalui penetapan harga maksimum tambang penerbangan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya anak perantauan, dengan kerajaan menanggung perbezaan harga menerusi skim subsidi kepada syarikat penerbangan.
- Harga maksimum tambang penerbangan pada RM499 sebelum cukai bagi semua penerbangan terlibat, dengan kerajaan membelanjakan lebih RM20 juta setahun untuk mengekalkan dasar ini.