"Hampir empat tahun kami sekeluarga tak dapat tidur lena apabila hujan lebat di tengah malam."
Itu antara keluhan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir yang memburuk di dua daerah di Melaka sejak lewat pagi Ahad.
Nor Ariffin Mohamed, 54 tahun, berkata dia bersama isteri dan empat anak mereka tinggal di Kampung Sungai Badau, Krubong sejak 28 tahun lalu.
Menurutnya, sebelum ini, dia tidak pernah bimbang setiap kali hujan lebat, namun situasi bertukar sejak empat tahu lalu apabila kediamannya seringkali dinaiki air.
Kini, berpindah ke PPS diibaratkan sebagai rutin setiap kali musim hujan.
"Memang kami sekeluarga takkan lelap mata sampai hujan berhenti. Kalau terlelap, apabila tersedar rumah dah masuk air, memang kelam-kabut dibuatnya.
"Sampai sekarang kami fobia setiap kali hujan, tetapi kami redha," katanya.
Kesedihan sama turut dikongsi seorang warga emas, Kalsom Khacin, 62, yang menetap di Kampung Lanjut Manis, Krubong.
Ujarnya, dia mula menyedari kediamannya dimasuki air selepas menyempurnakan solat Subuh sebelum mendapati bahagian luar rumah penuh dengan air.
"Termasuk kali ini, sudah enam kali (pindah ke PPS). Kali terakhir pada Disember lalu.
"Air naik sehingga paras peha. Kalau ada lumpur, memang tidak boleh masuk rumah langsung sebab licin. Barang-barang dalam almari, memang kena buang semua," katanya.
Kata Kalsom, setiap tahun mereka (mangsa banjir) dijanjikan dengan penempatan yang lebih selesa berikutan sekitar lima perkampungan di daerah itu terlalu rendah sehingga mereka tidak boleh tidur lena apabila hujan lebat.
Bagaimanapun, tambahnya, sehingga kini mereka terpaksa berdepan situasi sama setiap tahun sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit apabila perabot rosak akibat air banjir.
JUMLAH MANGSA BERGANDA
Sehingga 8 malam Ahad, mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 1,149 orang melibatkan 260 keluarga berbanding 745 orang dari 150 keluarga pada sebelah petang.
Kesemua mereka ditempatkan di 11 PPS di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata, sebanyak empat buah PPS mengalami peningkatan, lima PPS kekal dan dua buah PPS ditutup.
"Empat buah PPS yang mencatat pertambahan mangsa banjir ialah PPS Sekolah Krubong kini menempatkan seramai 112 orang mangsa dari 25 keluarga, PPS Masjid Al-Rasyiddin (406 orang dari 106 keluarga), PPS Sekolah Menengah Pengkalan (122 orang dari 34 keluarga) dan PPS Sekelah Belimbing Dalam (200 orang dari 49 keluarga)," katanya pada Ahad malam.
Beliau, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata jumlah mangsa di lima buah PPS tidak berubah iaitu seramai 34 orang melibatkan tujuh keluarga masih berteduh di PPS Balai Raya Bukit Balai, PPS Balai Raya Gadek (66 orang dari 17 keluarga), PPS Bukit Tambun (13 orang dari empat keluarga), PPS Kampung Beringin (90 orang dari 15 keluarga) dan PPS Sungai Tuang (Sembilan orang dari dua keluarga).
Katanya, dua PPS yang ditutup ialah PPS Sekolah Kebangsaan Pagoh ditutup pada pukul 2.20 petang, manakala PPS Taman Seri Bayu ditutup pada 12.00 tengah hari dan seramai sepuluh mangsa melibatkan dua kelurga dari PPS tersebut dipindahkan ke PPS Masjid Al-Rasyiddin.
Kesemua mangsa yang ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah ialah di SK Belimbing Dalam, SMK Pengkalan, Masjid Ar-Rasyidin dan tujuh Balai Raya di Bukit Tambun, Panchor, Kampung Pegoh, Kampung Beringin, Sungai Tuang, Gadek dan Bukit Balai.
Di Melaka Tengah pula, SK Krubong menempatkan 75 mangsa daripada 18 keluarga.
Effendy, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, meskipun cuaca cerah, namun trend hujan pada sebelah malam mengakibatkan paras air sungai kekal berada pada tahap bahaya dan tidak mampu menampung kapasiti air yang mengakibatkan berlakunya limpahan air ke kediaman penduduk.
Ujarnya, pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain termasuk polis dan bomba, akan membuat pemantauan berkala bagi memastikan tiada penduduk yang terperangkap di kediaman masing-masing.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 07 2019
Menurut Kalsom, sekitar lima perkampungan di Melaka Tengah terlalu rendah sehingga mereka tidak boleh tidur lena apabila hujan lebat. - Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
'Sudah 4 tahun tidak tidur lena' - Mangsa banjir
Itu antara keluhan mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan selepas banjir memburuk di dua daerah di Melaka sejak pagi Ahad.