KUALA LUMPUR: Malaysia bakal memasuki Fasa Peralihan ke Endemik esok (1 April) dengan menyaksikan pembukaan semula sempadan negara.
Setelah dua tahun memerangi pandemik COVID-19, rakyat Malaysia akan kembali kepada gaya hidup normal mereka, walaupun dalam norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka.
Dengan peralihan kepada endemik, sekatan yang dikenakan untuk mengekang penularan COVID-19 sebelum ini telah dilonggarkan, membuka jalan kepada penganjuran kebanyakan aktiviti termasuk solat berjemaah yang dijalankan seperti biasa.
Namun, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik?
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun dari Hospital Kasih Cyberjaya berkata terdapat dua kumpulan, iaitu yang masih terganggu dengan ancaman COVID-19 dan satu kumpulan lagi tidak sabar untuk menikmati kebebasan.
Beliau berkata rakyat Malaysia secara umumnya lebih mengutamakan kebebasan dan bersedia menerima fasa baharu dalam kehidupan mereka.
"Pada saya, mentaliti rakyat Malaysia tidak akan berubah. Malah, mereka gembira untuk menerima kebebasan ini daripada terperangkap dengan sekatan (SOP ketat)," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan adalah penting untuk rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam mematuhi SOP bagi memastikan kadar jangkitan dihadkan kepada tahap minimum.
Ditanya mengenai kemunculan varian baharu selepas Omicron, Dr Hanafiah berkata terdapat kemungkinan manusia telah membangunkan imuniti kelompok semula jadi terhadap virus itu, ditambah dengan suntikan vaksin sebagai perlindungan tambahan.
Katanya, orang ramai tidak perlu terlalu bimbang mengenai varian baharu kerana kerajaan telah merangka pelbagai pelan untuk menangani kemungkinan berlakunya lonjakan kes pada masa hadapan.
"Apabila sudah membenarkan kita berada dalam fasa endemik, kerajaan sebenarnya sudah bersedia untuk berdepan senario lebih buruk. Ini bermakna kerajaan mempunyai rancangan luar jangka," katanya
Pensyarah kanan dan ahli epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman berkata kriteria utama peralihan kepada fasa endemik ialah keupayaan negara mengendalikan kes.
Dr Malina yang juga pakar kesihatan awam berkata selagi sistem penjagaan kesihatan Malaysia tidak terjejas, ia akan dapat berfungsi secara optimum dalam menangani kes baharu bagi menjaga kesihatan rakyat.
Beliau berkata ia bergantung kepada rakyat sama ada mereka sudah bersedia untuk beralih kepada fasa baharu atau tidak, kerana situasi dalam fasa endemik adalah berbeza secara relatif daripada pandemik, dari segi risiko jangkitan.
"Kerajaan akan membuat beberapa persediaan untuk itu (mengendalikan kes baharu), terutama apabila kita perlu melindungi mereka yang tidak dapat divaksinasi, jadi itu sangat penting," katanya.
Tambahan pula, beliau berpendapat bahawa situasi COVID-19 dalam negara baru-baru ini telah dikawal dengan baik dan tidak akan menjadi seperti dialami ketika gelombang Delta yang menimbulkan banyak masalah.
Semalam, sebanyak 15,941 kes dikesan di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon pada 8 Mac mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April menyaksikan negara beralih kepada gaya hidup yang hampir normal selepas dua tahun memerangi COVID-19.
Beliau berkata fasa peralihan hanya sementara sebelum negara boleh memasuki fasa endemik sepenuhnya, tertakluk kepada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Terdapat dua kumpulan - iaitu yang masih terganggu dengan ancaman COVID-19 dan satu kumpulan lagi tidak sabar untuk menikmati kebebasan. - Bernama
Dr Zulkifli nasihat pasangan bercerai elak buka aib, jangan cederakan emosi anak
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
MPPD sita khemah di Pantai Telok Kemang Port Dickson
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyita sembilan unit khemah biru yang dipasang tanpa penyewa di sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson dekat sini.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Negara teluk dilarang benar ruang udara digunakan - Iran
Tehran telah memaklumkan kepada negara-negara Teluk bahawa mereka tidak boleh membenarkan ruang udara digunakan untuk serangan terhadap Iran.
Menurut seorang pegawai kanan Iran pada Selasa, sebarang tindakan sedemikian akan menerima tindak balas dari Iran.
Menurut seorang pegawai kanan Iran pada Selasa, sebarang tindakan sedemikian akan menerima tindak balas dari Iran.
Akses Maybank tergendala pada 12 dan 13 Oktober
Kesemua perkhidmatan terlibat akan tergendala sementara waktu dan orang ramai disaran untuk membuat transaksi lebih awal.
Dr Zaliha bincang kerjasama sebagai bandar raya berkembar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Hangzhou, China, Yao Gaoyuan bagi memperkukuhkan kerjasama Kuala Lumpur dan Hangzhou sebagai bandar raya berkembar.
Perlu cari kesimbangan antara teknologi dan modal insan - Mehdi Hasan
Pengawalseliaan yang tepat dan pengawasan yang bertanggungjawab adalah kunci untuk memastikan teknologi terus membawa manfaat tanpa menjejaskan kesejahteraan masyarakat
Penduduk bimbang banjir 2010 berulang, tiga sungai lepasi paras bahaya
Paras air tiga sungai di Kota Setar melepasi tahap bahaya, membangkitkan kebimbangan banjir besar 2010 berulang. Penduduk bersiap sedia menghadapi banjir berikutan cuaca tidak menentu.
AWANI Ringkas: Sebaik bekalan pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kaspersky Labs kini tutup perniagaan di UK pula
Kaspersky Labs mengatakan bahawa ini dilakukan untuk menyelaraskan perniagaan mereka di rantau tersebut.
CDC beri amaran potensi kusta beralih jadi endemik di tenggara AS
Pada 2020 hampir 160 kes dilaporkan di seluruh negara, Florida adalah antara penyumbang kes yang paling banyak.
Aidilfitri 2023 meriah, pertama dalam tiga tahun tidak ditetap SOP khas
Tinjauan mendapati kebanyakan jemaah yang hadir memakai pelitup muka seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Malaysia selangkah menuju fasa endemik COVID-19
Tempoh 2022 disifatkan ramai sebagai tahun lembaran baharu bagi Malaysia, apabila berada dalam peringkat peralihan pandemik COVID-19 ke endemik yang diumumkan pada 1 April lepas.
Lebih 185,000 lembu dijangkiti LSD di India
LSD merupakan satu endemik di kebanyakan negara Afrika dan mula merebak ke China dan Asia Tenggara sejak 2019.
Lebih 700 sertai Program Kayuhan Merdeka 2022
Lebih 700 peserta menyertai Program Kayuhan Merdeka 2022, selepas kali terakhir ia dianjurkan di bandar raya ini pada tahun 2018 susulan pandemik COVID-19.
PMKS optimis prospek pertumbuhan
Perusahaan kecil dan sederhana Malaysia yakin akan merekodkan pertumbuhan hasil namun masih khuatir dengan ketidaktentuan ekonomi dan dasar.
Kes cacar monyet meningkat tiga kali ganda - WHO
WHO sahkan sejumlah 780 kes cacar monyet disahkan di negara bukan endemik virus itu.
Cacar monyet: Penularan tidak dapat dikesan untuk tempoh lama - WHO
Sehingga 26 Mei, sebanyak 257 kes yang disahkan dan 120 kes yang disyaki telah dilaporkan di 23 negara anggota yang bukan endemik virus itu.
Cacar monyet: Lebih banyak kes akan dikesan secara global
Agensi kesihatan PBB itu meluaskan pengawasan di negara-negara yang tidak pernah mempunyai kes cacar monyet.
COVID-19 bukan lagi perkara yang dibimbang, trend berbelanja kembali meningkat
Rakyat di negara ini tidak lagi meletakkan situasi COVID-19 sebagai satu perkara yang membimbangkan sejak negara mula melangkah masuk ke fasa peralihan endemik.