awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah tiba masa Bahasa Melayu diangkat setaraf bahasa lain di dunia - PM

Bernama
Bernama
04/10/2022
08:00 MYT
Sudah tiba masa Bahasa Melayu diangkat setaraf bahasa lain di dunia - PM
Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Sesi Dialog Awam sempena program Idea Bina Negara 2022, di UiTM Shah Alam, hari ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
SHAH ALAM: Sudah tiba masanya martabat Bahasa Melayu diangkat di persada dunia dan rakyat perlu yakin bahawa bahasa kebangsaan adalah setaraf dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penggunaan Bahasa Melayu tidak menjadikan negara mundur, sebaliknya, negara maju juga menggunakan bahasa sendiri.
"Negara yang maju di dunia seperti Jepun, Jerman dan negara-negara Eropah yang lain, menggunakan bahasa mereka dan tidak menjadikan mereka mundur berbanding negara lain. Bukan bahasa yang menyebabkan negara itu maju, jadi yakinlah Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa lain," katanya pada Sesi Dialog Awam sempena program Idea Bina Negara 2022, di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, melalui pengalaman beliau semasa menghadiri pelbagai persidangan antarabangsa dan perbincangan negara dua hala, kebanyakan pemimpin negara memilih untuk bercakap menggunakan bahasa mereka.
"Tak perlu pergi jauh, (lihat) ASEAN setiap negara yang saya pergi (pemimpin mereka) tanpa segan silu bercakap dalam bahasa mereka... tiba-tiba Malaysia seolah-olah tidak ada bahasa sendiri, cakap bahasa orang lain," katanya.
"Dalam persidangan antarabangsa, yang penting adalah mesej kita disampaikan, di zaman moden hari ini ia diterjemah secara terus bila saya bercakap terus keluar dalam Bahasa Inggeris dan bahasa lain," katanya yang menjawab soalan seorang pelajar, mengenai apakah yang mahu ditunjukkan kepada dunia apabila beliau berucap dalam Bahasa Melayu ketika perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
Pada 23 Sept lalu, Ismail Sabri mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama, berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan PBB di New York.
"Saya orang Melayu, saya orang Malaysia. Kita ada budaya kita, kita ada bahasa kita. Bagaimana orang luar melihat satu orang Melayu, satu orang Malaysia tidak menggunakan bahasa sendiri, tapi guna bahasa orang lain. Di mana-mana sahaja kita berada, jati diri kita kena kekalkan," kata Perdana Menteri.
Pada sesi dialog bersama bersama anak muda termasuk secara dalam talian selama kira-kira 45 minit itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada Jumaat ini, mempunyai tajuk khusus untuk anak-anak muda. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#bahasa kebangsaan
#Perdana Menteri
#UNGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan