Sebarang idea baharu untuk tempat tinggal wajar diberi perhatian memandangkan wujud permintaan yang tinggi untuk perumahan.
Sempena Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9, Think City bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memuatkan satu eksperimen sosial berkaitan keperluan asas ini di Medan Pasar.
Konsep 'communal living' merupakan satu konsep yang mungkin asing bagi sesetengah orang. Namun, secara ringkasnya, ia merupakan konsep perkongsian ruang tempat tinggal.
Oleh itu, Think City mengambil keputusan untuk mencuba konsep ini melalui pendekatan micro house atau rumah mikro.
Kebiasaannya, rumah mikro berukuran lebih kurang 250 hingga 350 kaki persegi dan direka secara minimalis untuk memastikan setiap ruang digunakan secara efisen.
Menurut pengurus projek Think City, Joanne Mun, konsep communal living diilhamkan sesuatu yang amat dekat di hati ramai orang iaitu semangat kehidupan di kampung.
"Idea ini berdasarkan semangat hidup di kampung dimana orang saling bantu-membantu tetapi dalam konteks di bandar, terutamanya di Kuala Lumpur, segalanya bergerak pantas dan biasanya orang ramai terlalu sibuk dan tidak berinteraksi dengan jiran mereka," katanya.
Tambah beliau, jika diberi peluang, Think City ingin mengaplikasikan konsep ini dalam situasi dunia sebenar dengan mengguna semula bangunan yang kosong atau bangunan komersial yang tidak lagi beroperasi.
Ini merupakan cadangan mereka memandangkan orang ramai memberi maklumbalas positif walaupun saiz rumah mikro hanya separuh daripada saiz rumah biasa.
"Ia sebenarnya sangat luas dan bergantung kepada siapa yang merekanya.
"Jadi, ada pelbagai cara untuk melakukannya dan ia diaplikasikan di beberapa negara. Oleh itu, kami merasakan kenapa tidak perkara ini dicuba di Malaysia?" kata beliau.
Selain itu, Joanne turut ditanya tentang sama ada konsep ini boleh menarik minat golongan yang berkeluarga dan bukan hanya golongan muda yang belum berkahwin.
"Buat masa ini, kami menumpukan kepada individu kerana kami merasakan bagi mereka yang berkeluarga, mereka tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan orang lain kerana sibuk menguruskan anak masing-masing.
"Niat kami adalah untuk mewujudkan komuniti dan apabila anda belum berkahwin, anda mempunyai masa untuk berinteraksi," jelasnya.
Namun, beliau tidak melarang mana-mana keluarga yang berminat untuk menerokai konsep rumah sebegini.
Ini kerana, baginya, setiap individu dan keluarga mempunyai pilihan tersendiri.
Hafiz Marzukhi
Wed Feb 07 2018
Rumah mikro berukuran lebih kurang 250 hingga 350 kaki persegi dan direka secara minimalis untuk memastikan setiap ruang digunakan secara efisen. - thinkcity.com.my
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.