awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhakam persoal siasatan terhadap AKJ dan Hishamuddin

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2018
11:08 MYT
Suhakam persoal siasatan terhadap AKJ dan Hishamuddin
Rakyat Malaysia kata beliau berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan demi mencapai ketelusan dan akauntabiliti.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mempersoalkan keputusan untuk menyiasat Datuk A Kadir Jasin dan aktivis sosial Hishamuddin Rais kerana penulisan mereka baru-baru ini.
Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail dalam satu kenyataan memberitahu, kerajaan sudah berjanji untuk memansuhkan undang-undang berbentuk penindasan oleh kerajaan terdahulu termasuk Akta hasutan 1948.
Justeru katanya, pihak berkuasa perlu mengelak untuk menggunakan undang-undang tersebut sebagai cara untuk menyekat perdebatan awam dan hak untuk mendapatkan maklumat.
Rakyat Malaysia kata beliau berhak untuk mengetahui dan mempersoalkan bagaimana wang kerajaan dibelanjakan demi mencapai ketelusan dan akauntabiliti.
Ujarnya, dalam konteks pendemokrasian, seharusnya tiada isu yang dipersoalkan.
A. Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais sebelum ini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana tulisannya mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.
Topic Berkaitan
#A Kadir Jasin
#akta hasutan
#Hishamuddin Rais
#kerajaan
#penulisan
#rakyat Malaysia
#siasatan
#Suhakam
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan