BIRMINGHAM: Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin menampilkan aksi terpuji untuk mengesahkan tempat ke pentas final pada Sukan Komanwel Birmingham 2022, di sini, semalam.
Pada aksi kelayakan Kumpulan A di Stadium Alexander di sini, jaguh negara berusia 26 tahun itu merekodkan balingan sejauh 57.93 meter untuk berada di kedudukan keempat daripada lapan peserta.
Atlet Jamaica Traves Smikle menduduki tempat teratas dalam aksi Kumpulan A setelah mencatat lemparan sejauh 64.90m, diikuti Alex Rose dari Samoa di tempat kedua dengan catatan 63.20m manakala tempat ketiga adalah atlet Scotland, Nicholas Percy (60.68m).
Pada aksi kelayakan melibatkan dua kumpulan itu, hanya 12 atlet merekodkan balingan terbaik layak ke pentas final pada Khamis (4 Ogos).
Muhammad Irfan merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan lemparan 62.55m di Austria pada 2017. Beliau juga adalah pemenang pingat perak Kejohanan Asia 2017.
Pengurus pasukan olahraga negara, M. Iyaru menyifatkan kejayaan Muhammad Irfan mara ke peringkat akhir adalah pencapaian yang membanggakan.
"Bukan mudah perlu bersaing dengan ramai jaguh dunia di sini. Saya berharap pencapaian Irfan layak ke final ini memberi beliau semangat pada Khamis ini (4 Ogos)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Jaguh negara berusia 26 tahun itu merekodkan balingan sejauh 57.93 meter untuk berada di kedudukan keempat daripada lapan peserta. - Foto fail
Situasi banjir di Brazil terus meruncing
Penduduk Rio Grande do Sul, wilayah yang dilanda hujan lebat dan banjir yang memusnahkan selatan Brazil, terus bergelut untuk bertahan dalam situasi meruncingkan itu.
Situasi banjir itu juga menyaksikan beberapa bekas bahan kimia yang dihanyutkan dari loji kitar semula berhampiran juga menyebabkan pasukan tentera terpaksa mengalihkan bekas tersebut yang berbahaya untuk kesihatan penduduk setempat.
Situasi banjir itu juga menyaksikan beberapa bekas bahan kimia yang dihanyutkan dari loji kitar semula berhampiran juga menyebabkan pasukan tentera terpaksa mengalihkan bekas tersebut yang berbahaya untuk kesihatan penduduk setempat.
13 penunjuk perasaan pro Palestin ditahan di California
13 penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan pihak berkuasa di Universiti Standford, California pada pagi Rabu setelah mereka cuba mengepung bangunan kampus.
Dakwa kampus itu juga, penahanan berlaku susulan beberapa bahagian luar dan dalam bangunan yang rosak akibat sikap agresif penunjuk perasaan.
Dakwa kampus itu juga, penahanan berlaku susulan beberapa bahagian luar dan dalam bangunan yang rosak akibat sikap agresif penunjuk perasaan.
Lebih 500 penduduk Palestin maut di Tebing Barat sejak Oktober lalu
Jurucakap PBB mendedahkan lebih 500 penduduk Palestin maut di Tebing Barat sejak Oktober lalu, termasuk kanak-kanak, akibat serangan tentera dan pendatang Israel. Lebih 5,100 cedera.
UTM capai kedudukan baharu dalam QS World University Rankings 2025
UTM kekal dalam kalangan 200 universiti terkemuka dan berada dalam kedudukan 12 peratus teratas di peringkat global.
Jemaah gembira ada kemudahan ATM di hotel penginapan
Kemudahan mesin ATM ketiga di hotel penginapan jemaah haji Land Premium di Mekah akan memberikan manfaat kepada 4,500 jemaah yang menginap di situ untuk mengeluarkan wang tanpa berjalan jauh.
Ketua Pembangkang Kelantan kesal, Exco pesong fakta
Ketua Pembangkang DUN Kelantan, kesal apabila Exco Kerajaan memesongkan fakta berkaitan pemberian geran membantu menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Mahasiswa sertai perhimpunan isu bekalan air akan diberi amaran
Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata pihaknya tidak pernah menyokong sebarang usaha oleh mana-mana kumpulan pelajar universiti yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air mahupun apa-apa jua isu semasa tempatan.
Paris perketat keselamatan semasa lawatan Biden acara ulang tahun D-Day
Biden akan menyertai acara memperingati ulang tahun ke-80 Pendaratan Normandy dan mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Perancis.
Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari
Sarawak tidak akan mengambil hak orang lain dalam usaha untuk memajukan negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Isu pemilikan tanah Orang Asli akan dibawa ke Persekutuan
Usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri akan dibawa bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan hal ehwal ekonomi masyarakat itu.
Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.
Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.
Sukan Komanwel: Tiada kilauan emas acara beregu skuasy wanita
Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas dijelmakan dalam acara beregu skuasy wanita pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham tidak kesampaian.
Sukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik kandas di separuh akhir
PASANGAN beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, gagal mengikut jejak rakan senegara ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Kedah pertimbang angkat Muhamad Aznil jadi Ikon Kemerdekaan
Kerajaan Kedah akan mempertimbangkan untuk menobatkan atlet angkat berat kelahiran negeri itu, Muhamad Aznil Bidin sebagai Ikon Kemerdekaan Kedah sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Sukan Komanwel: Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke final
Pearly Tan-M Thinaah, mara ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.
Sukan Komanwel: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final
Ng Tze Yong, mara ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan jaguh India, Srikanth Kidambi, di Dewan NEC 5 sebentar tadi.
Sukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing kandas di separuh akhir
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham.
Sukan Komanwel: Muhamad Aznil hadiahkan pingat emas untuk isteri, ahli keluarga
Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin menghadiahkan kemenangan berkenaan kepada isteri dan ahli keluarganya di Kedah.
Sukan Komanwel: Skuad skuasy teruskan aksi cemerlang
Skuad skuasy negara meneruskan aksi cemerlang di Sukan Komanwel 2022 Birmingham apabila pasangan Ng Eain Yow-Ivan Yuen Chee Wern menempah slot ke separuh akhir.