awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Imigresen AS diserang di Minneapolis - Vance
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan

Astro Arena
Astro Arena
12/05/2024
08:30 MYT
Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Kawah yang disediakan itu gagal dinyalakan oleh pelari terakhir. - Stadium Astro
MOMENTUM semangat untuk menyambut temasya sukan terbesar di dunia Olimpik yang bakal berlangsung pada Julai ini di Paris, Perancis sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian membabitkan laluan dari Manosque ke utara Marseille.
Tidak seperti kelaziman sebelum ini iaitu obor yang dibawa akan menyalakan api di kawah yang disediakan, namun larian semalam tidak selancar seperti yang dirancang.
Larian peringkat ketiga bagaimanapun berdepan dengan masalah teknikal apabila kawah yang disediakan itu gagal dinyalakan oleh pelari terakhir iaitu perenang Perancis Ophelie Cyrielle Etienne yang juga merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 di London.
Menurut urusetia larian obor olimpik, pihaknya mengakui bahawa berlaku masalah teknikal untuk menyalakan kawah terbabit sedangkan ia telah diuji berfungsi seperti yang dirancang dua hari sebelumnya iaitu ketika di Marseille dan Toulon.
Larian obor yang akan tiba di Paris pada waktu upacara pembukaan pada 26 Julai, berjalan dengan lancar sekalipun melalui persekitaran luar bandar dan pergunungan Alpes de Haute Provence.
Secara keseluruhannya, larian obor akan menampilkan kira-kira 10,000 pelari dan merentasi 400 pekan dan bandar di Perancis serta beberapa wilayah luar negara termasuk Guadeloupe, New Caledonia dan Reunion.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#obor gagal menyala
#Ophelie Cyrielle Etienne
#masalah teknikal
#larian obor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan