MALAYSIA
Sukan SEA: Latihan sebulan di Mongolia resipi kejayaan Amir Daniel
Amir Daniel berharap untuk menyertai Sukan Komanwel, Sukan Asia, dan berusaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2028. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Persiapan rapi menerusi latihan intensif selama sebulan di Mongolia menjadi resipi kejayaan atlet judo negara, Amir Daniel Abdul Majeed yang mencipta sejarah pada Sukan SEA Thailand 2025 apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia selepas 44 tahun.
Ringkasan AI
Amir Daniel menamatkan penantian skuad judo sejak kali terakhir emas dimenangi pada 1981 menerusi kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki.
Atlet berusia 21 tahun itu berkata latihan intensif bersama pasukan kebangsaan itu, melibatkan sekurang-kurangnya dua sesi sehari, memainkan peranan penting dalam memastikan tahap prestasi terbaik menjelang kejohanan.
"Dua edisi Sukan SEA sebelum ini saya hanya mendapat pingat gangsa dan kali ini memang jurulatih serta persatuan judo sasar sekurang-kurangnya memperoleh emas.
"Alhamdulillah akhirnya usaha keras selama ini membawa kejayaan dalam Sukan SEA Thailand dan sudah pasti saya sangat gembira, ia amat bermakna buat saya dan pasukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama orang ramai menyaksikan Tayangan Skrin Besar Majlis Penutup Sukan SEA Thailand 2025 dan Upacara Penyerahan Bendera Sukan SEA di Waterfront Foodie @ Bayan Lepas, dekat sini malam tadi.
Amir Daniel turut mendedikasikan kejayaan berkenaan buat arwah bapanya yang meninggal dunia ketika beliau sedang menjalani latihan persiapan di Mongolia.
Pemergian ayah tercinta pada 27 Nov lepas sama sekali tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi pemangkin untuk menamatkan penantian Malaysia.
"Arwah ayah selalu ambil berat tentang latihan judo saya, malah arwah merupakan penyokong paling kuat serta orang yang membawa saya dalam sukan judo sejak berusia lima tahun," katanya.
Anak jati Pulau Pinang yang sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Biologi Persekitaran itu menyasarkan penyertaan dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun hadapan, selain mengumpul mata kelayakan untuk Sukan Olimpik 2028.
Sekiranya berjaya melayakkan diri, Amir Daniel bakal mencatat satu lagi sejarah sebagai atlet judo pertama Malaysia beraksi pada pentas Olimpik.
Sementara itu, jurulatih peribadinya, Mat Nashriq Md Nasir, 40, berkata perjalanan Amir Daniel dalam sukan judo bukanlah sesuatu yang singkat, malah bermula sejak atlet itu berusia lima tahun dan beliau seorang yang sangat berusaha keras.
"Saya melatih Amir dari umur lima tahun sampai sekarang, hampir lebih 20 tahun dan kejayaan ini bukan kejayaan dia seorang, tetapi hasil usaha semua pihak, malah kami menghadapi pelbagai cabaran, khususnya dari segi saingan antarabangsa dan kekangan kewangan.
"Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya Majlis Sukan Negara dan negeri, kerajaan negeri, persatuan judo yang sentiasa menyokong kami sehingga dapat mencapai tahap hari ini," katanya.
Pada 13 Dis lepas, Amir Daniel membutirkan pingat emas pertama kem judo pada Sukan SEA 2025 selepas menjuarai kategori bawah 81 kg lelaki selepas menewaskan wakil Filipina Ferrer John Viron di Rajamangala Auditorium, Rajamangala University of Technology Thanyaburi, Bangkok.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Amir Daniel Abdul Majeed mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas pertama bagi Malaysia dalam judo selepas 44 tahun di Sukan SEA Thailand 2025.
- Latihan intensif selama sebulan di Mongolia bersama pasukan kebangsaan menjadi faktor utama dalam mencapai prestasi cemerlang.
- Amir Daniel berharap untuk menyertai Sukan Komanwel, Sukan Asia, dan berusaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2028, dengan matlamat menjadi atlet judo pertama Malaysia di Olimpik.