KUALA LUMPUR: Mengklasifikasikan sukan tempur sebagai aktiviti sukan berbanding aktiviti badan beruniform di sekolah sebelum ini, antara tujuh perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pembangunan Sukan hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
"Sukan tempur yang kita maksudkan adalah seperti taekwondo, wusyu. Kita hendak penyelarasan berdasarkan Akta Pembangunan Sukan, aktiviti sekarang sudah meningkat kepada 103 jenis sukan. Kita hendak koordinasi di peringkat sekolah juga, semua ini dinamakan sebagai sukan.
"Bukan sahaja sukan tempur, saya bagi contoh e-sukan, kategori kita sudah ada, definisi sukan ikut akta dan kita hendak pastikan penyelarasan berlaku di peringkat sekolah," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Mesyuarat HLC susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) berkenaan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Hannah berkata antara ketetapan yang telah dipersetujui oleh HLC ialah menggalakkan pewujudan kelab renang dan olahraga di sekolah-sekolah berpotensi bagi menarik minat pelajar menceburi bidang sukan berkenaan di samping mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi.
Ketetapan ketiga ialah mewujudkan dan menggiatkan pertandingan kompetitif tahunan peringkat sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) merentasi pelbagai sektor pendidikan termasuk sekolah swasta, tahfiz dan lain-lain melalui Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Beliau turut memaklumkan Biasiswa Sukan Persekutuan KBS bernilai RM2 juta kini diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menguruskan skop, terma dan peruntukan biasiswa itu.
"Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengaktifkan semula pelaksanaan program promosi dan aktiviti Rakan Aktif (teras Rakan Muda) di sekolah.
"Keenam ialah peranan Institut Sukan Negara yang akan membantu dalam memperluas, menyelaras serta menganjurkan program pendidikan dan pelesenan kejurulatihan kepada guru dan jurulatih di bawah KPM dan KPT," katanya.
Ketetapan terakhir yang dipersetujui ialah permohonan Dana Sukan Komuniti sebanyak RM20 juta yang dikendalikan KBS akan diperluas kepada kelab dan persatuan di bawah KPM dan KPT untuk melaksanakan agenda nasional sihat di peringkat komuniti.
Hannah berkata kesemua tujuh perkara itu dipersetujui sebagai langkah pertama untuk membawa pembaharuan dalam mencungkil bakat-bakat baharu sebagai usaha memperbaiki prestasi sukan di negara ini terutamanya dalam sukan tempur, olahraga dan renang seperti yang diputuskan JKPS sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Hannah Yeoh berkata klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576). -Gambar fail/Bernama

PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.

SPRM tahan Datuk Seri disyaki kemuka tuntutan palsu RM60,000
SPRM menahan seorang bekas pengerusi sebuah koperasi bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ahmad Shapawi tamat perkhidmatan di MSN
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, bersara wajib secara rasmi hari ini selepas 35 tahun menyumbang bakti.

Hannah mahu pendekatan lebih segar terhadap sukan wushu
Negara-negara yang berjaya membawa pulang pingat acara wushu di pentas antarabangsa mendapatkan jurulatih dari China.

Langkawi tidak tersenarai dalam laluan LTdL bukan kali pertama - Hannah
Penganjur masih mengekalkan nama Langkawi sebagai ikon jelajah berbasikal berstatus Pro Series dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu.

KBS perkenal Jualan Sukan Rahmah promosi gaya hidup sihat
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan inisiatif Jualan Sukan Rahmah (JSR) 2023 dengan penglibatan 10 syarikat peruncitan sukan bermula Sabtu ini sehingga 15 Okt depan.

Sukan Asia 2022: Penetapan sasaran pingat bukan dibuat membuta tuli - Hannah
Penetapan sasaran itu diputuskan selepas mendapat pandangan Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) serta input daripada atlet dan jurulatih.

Durian runtuh buat juara Boling Padang Dunia Ain Nabilah-Aleena
Insentif diberikan menerusi SHAKAM sebagai menghargai kejayaan mereka mengharumkan nama negara di Kejohanan Boling Padang Dunia.

KBS mahu TVET tawar program hujung minggu
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat menstruktur semula program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan menyediakan kursus pada hujung minggu.

Penetapan sasaran Sukan Asia dijangka guna pendekatan baharu - MOM
MOM serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk memutuskan pendekatan yang bakal digunakan berhubung sasaran pingat Sukan Asia Hangzhou 2022.

Kerajaan sedang teliti bangunkan sukan udara dalam negara
Sukan udara merupakan satu jenis sukan baharu di negara ini dan akan melihat kaedah pembangunan dengan sokongan kerajaan persekutuan dan negeri.

KBS komited jalin kerjasama dengan pihak berkuasa perangi rasuah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memerangi isu rasuah atau perjudian dalam sukan.