awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukarelawan bantuan beri sokongan kepada keluarga mangsa

Bernama
Bernama
22/08/2013
00:47 MYT
Sukarelawan bantuan beri sokongan kepada keluarga mangsa
Lebih 30 sukarelawan daripada Persatuan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia menghulurkan pelbagai bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan bas di Genting Highlands.
Ketua penyelarasnya bagi cawangan Kuala Lumpur dan Selangor, Ong Hok Ki,54, berkata kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada suri rumah, golongan profesional dan ahli perniagaan, sejak 7 malam tadi telah memasang khemah dan berkampung di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memberi bantuan kepada keluarga mangsa.
Kami telah menyediakan bantuan makanan, minuman dan juga selimut, katanya kepada Bernama di rumah mayat HKL di sini hari ini.
Katanya, mereka juga turut memberikan sokongan moral kepada keluarga terdekat mangsa supaya dapat menerima berita kematian ahli keluarga mereka.
"Bagi golongan yang susah, pihak kami bercadang untuk memberikan bantuan kewangan bagi meringankan bebanan hidup yang ditanggung mereka," katanya.
Ong berkata selain daripada HKL, pasukan sukarelawan berkenaan turut menghulurkan bantuan yang sama kepada keluarga mangsa kemalangan itu di tiga buah hospital yang lain iaitu di Sungai Buloh, Selayang dan Bentong, Pahang.
"Kami akan berkampung di HKL sehingga berakhirnya proses bedah siasat mangsa kemalangan," tambahnya.
Dalam kemalangan 2.45 petang tadi, seramai 37 orang terkorban apabila bas ekspres yang mereka naiki terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands, sementara 16 lagi cedera, dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S.Jeyaindran berkata proses bedah siasat ke atas 37 mayat sudah bermula sejak 11.20 malam dan dijangka selesai 9.30 pagi esok.
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#HKL
#Persatuan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan