awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKMA: Kelantan akan bincang garis panduan pakaian patuh syariah dengan MSN, KBS

Bernama
Bernama
27/11/2023
05:28 MYT
SUKMA: Kelantan akan bincang garis panduan pakaian patuh syariah dengan MSN, KBS
Zamakhshari (gambar) berkata usaha memastikan atlet-atlet daripada negeri lain yang menyertai SUKMA juga berpakaian patuh syariah turut dibantu ADUN Kota Lama. - Gambar fail/Facebook Zamakhshari Muhamad Official
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2028 yang bakal dianjurkan negeri itu.
"Terdapat acara-acara sensitif yang perlu dibincangkan melibatkan pemakaian secara patuh syariah seperti akuatik dan gimrama, oleh itu kerajaan negeri akan membincangkan perkara ini dengan kementerian," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Zamakhshari Muhamad.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Rodzi Ja'afar (Pas-Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mohd Rodzi mahu tahu adakah kerajaan boleh memastikan atlet-atlet daripada negeri lain yang menyertai SUKMA juga patuh syariah.
Zamakhshari berkata usaha itu turut dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.
Beliau berkata kerajaan Kelantan juga akan memanfaatkan peruntukan RM276 juta daripada kerajaan Pusat antaranya untuk membina enam fasiliti di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dan sebuah pusat akuatik di Madinah Al-Salam, Tunjong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#garis panduan
#pakaian patuh syariah
#Zamakhshari Muhamad
#atlet Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan