Sukuk Prihatin: Sukuk digital pertama Malaysia dilancar esok

Harits Asyraf Hasnan
Ogos 17, 2020 09:24 MYT
Terbitan sukuk patuh syariah itu adalah hasil permintaan pelbagai pihak untuk turut membantu dalam usaha pemulihan negara. - Gambar fail BERNAMA
Kementerian Kewangan bakal mengumumkan terbitan Sukuk Prihatin berjumlah RM500 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) esok.
Kementerian itu memaklumkan, terbitan sukuk patuh syariah itu adalah hasil permintaan pelbagai pihak untuk turut membantu dalam usaha pemulihan negara.
"Hasil terbitan Sukuk Prihatin akan disalurkan kepada beberapa inisiatif yang telah dikenal pasti, termasuk meningkatkan kesalinghubungan kepada sekolah-sekolah luar bandar, menampung geran penyelidikan penyakit-penyakit berjangkit, dan membiayai PKS mikro terutamanya usahawan wanita," kata kementerian itu dalam kenyataan yang diedarkan,.
Majlis perasmian Sukuk Prihatin itu akan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sementara majlis pelancaran pula akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
#Al-Sultan Abdullah #Kementerian Kewangan #Menteri Kewangan #Muhyiddin Yassin #PENJANA #Perdana Menteri #Sukuk digital #Sukuk Prihatin #Tengku Zafrul #Yang di-Pertuan Agong