Skip to main content

Malaysia

Sultan Brunei berangkat pulang, tamatkan lawatan khas ke Malaysia

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Abdul Mateen Bolkiah berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas selama dua hari sempena perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang di Kompleks Bunga Raya hari ini. - fotoBERNAMA
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Abdul Mateen Bolkiah berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas selama dua hari sempena perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang di Kompleks Bunga Raya hari ini. - fotoBERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menamatkan lawatan khas sempena F1 GP Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang dan berangkat pulang hari ini.
  • Istiadat perpisahan diadakan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, serta Ketua Protokol di Kompleks Bunga Raya.
  • SIC dipilih sebagai tuan rumah F1 GP Gulf Air Bahrain 2026 selepas kejayaan diplomasi antara Malaysia dan Bahrain memastikan perlumbaan kembali ke Malaysia.

SEPANG: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang hari ini selepas menamatkan lawatan khas bersempena dengan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini. 

Pesawat khas yang membawa baginda bersama dengan delegasi Brunei termasuk Putera Abdul Mateen Bolkiah berlepas pada 5.30 petang selepas istiadat perpisahan termasuk kawalan kehormatan dibarisi 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Diraja Melayu. 

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia Datuk Paduka Abdu’r Rahmani Basir dan Ketua Protokol Mohd Ikram Ibrahim hadir di Kompleks Bunga Raya di sini untuk mengucapkan selamat jalan kepada Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi baginda.

Terdahulu, baginda berangkat ke acara perlumbaan GP Gulf Air Bahrain di SIC bersama dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta pemimpin tertinggi Malaysia, Bahrain dan Brunei bagi menyaksikan kembalinya deruman enjin F1 yang berprestij ke Sepang selepas sembilan tahun.

Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman bin Hamad Al Khalifa dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SIC dipilih sebagai  tuan rumah F1 GP Gulf Air Bahrain 2026 sekali gus menjadikan litar ikonik itu lokasi sementara bagi perlumbaan berprestij tersebut.

Pada Julai lepas, Formula 1 mengesahkan Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan itu yang berlangsung dari 2 Okt lepas hingga hari ini.

Ia susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.

Perjanjian berkenaan memastikan GP Bahrain kekal dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan itu dibatalkan pada awal musim ini berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah GP Malaysia di Sepang dari 1999 hingga 2017 sebelum dugugurkan daripada kalendar F1.

Kembalinya perlumbaan berprestij ini ke Malaysia ialah hasil usaha kejayaan diplomasi antara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al-Khalifa.

-- BERNAMA

 

Product Recommendation Section Title

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

adidas Bunga Unisex Adicolor Backpack Bag (IJ0761) Sport Planet 22-20

Must Watch Video

Advertisement