NATIONAL
Sultan Brunei dalam keadaan baik, perlukan rehat - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memaklumkan, Sultan Hassanal Bolkiah yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam kini berada dalam keadaan yang baik. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam kini berada dalam keadaan yang baik.
Menurut Perdana Menteri, Sultan Hassanal juga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
Dalam masa sama, Anwar memberitahu, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan terkini Sultan Brunei itu.
"(Sultan Hassanal) sihat… saya akan keluarkan kenyataan. Biar baginda (Sultan Brunei) rehat dahulu. Baginda kini dalam keadaan baik. Alhamdulillah cuma perlukan rehat," jelas Anwar.
Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Penutup Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pada Rabu.
Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar memberitahu, beliau sempat menziarahi Sultan Hassanal di IJN
sebelum menghadiri majlis Penutup Persidangan Juruaudit Asean 2025.
Sultan Brunei merupakan antara 10 pemimpin ASEAN yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur yang berakhir semalam.