Terkini: Kes Pelajar Jatuh dari Asrama di Sabak Bernam – Ikuti perkembangan di sini
NATIONAL

Sultan Brunei dalam keadaan sihat, berehat beberapa hari di IJN

Hasimi Muhamad 27/05/2025 | 14:10 MYT
Sultan Hassanal dinasihatkan oleh pakar kesihatan Malaysia, untuk berehat beberapa hari di IJN. - Gambar fail/Tangkap layar RTBGo
KUALA LUMPUR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) disahkan berada dalam keadaan sihat.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Jabatan Perdana Menteri Brunei pada malam ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan stesen televisyen tempatan, Sultan Hassanal dinasihatkan oleh pakar kesihatan Malaysia, untuk berehat beberapa hari di IJN.

Pada siang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media memaklumkan baginda dimasukkan ke IJN untuk berehat selepas dilaporkan keletihan.

Sultan Brunei berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan yang berlangsung semalam dan hari ini.

Baginda berangkat tiba di Malaysia pada Ahad lalu.

#ASEAN #sidang kemuncak #IJN #Pakar Kesihatan