MALAYSIA
Sultan Brunei disambut PM di Seri Perdana, hadiri ALC ke-26
Sultan Hassanal Bolkiah ketika berangkat tiba di Kompleks Seri Perdana. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berangkat tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-26 Malaysia-Brunei ke-26.
Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.30 pagi disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presiden 8 (2).
Perdana Menteri dan Sultan Brunei turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Menteri Kesihata, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Dr Haji Mohammad Isham Jaafar.
Baginda turut diiringi Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, menteri-menteri kabinet serta pegawai kanan kerajaan Brunei.
Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan lain-lain.
Terdahulu, pada Selasa, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menghadiri Sambutan Negara di Istana Negara sempena lawatan negara baginda ke Malaysia selama empat hari.
Keberangkatan tiba baginda disambut Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bersama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Pesawat khas membawa Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasi mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam 3.03 petang, Isnin lalu.
ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei, menjadi wadah untuk kedua-dua pemimpin menilai kemajuan kerjasama, membincangkan isu berbangkit serta bertukar pandangan mengenai hal serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Lawatan negara serta mesyuarat tahunan ini mencerminkan hubungan istimewa yang sekian lama terjalin antara Malaysia dan Brunei Darussalam, sekali gus menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik.
Pada 2024, Brunei merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM7.53 bilion (AS$1.77 bilion), manakala bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, nilai dagangan mencecah AS$690 juta (RM3.02 bilion).