awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran

Bernama
Bernama
02/06/2025
02:10 MYT
Sultan Ibrahim berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran
Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran kedua disempurnakan Seri Paduka Baginda setelah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024. - Foto X/ Prince of Johor
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 di Istana Negara.
Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran kedua disempurnakan Seri Paduka Baginda setelah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 20 Julai 2024.
Turut berangkat ke istiadat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perdana Menteri bersama isteri, kemudiannya mengiringi Seri Paduka Baginda berdua ke Peterana Diraja bagi menerima Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Khairul Fakhzan Zainol Abidin berkekuatan tiga pegawai dan 103 lain-lain pangkat, di Dataran Istana Negara.
Serentak dengan itu, lagu Negaraku dimainkan Pancaragam Pusat RAMD dan Panji Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan diikuti 21 das tembakan meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Sultan Ibrahim kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dan selesai pemeriksaan, Seri Paduka Baginda sekali lagi menerima Hormat Diraja sebelum lagu Negaraku berkumandang.
Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya diiringi Perdana Menteri dan isteri, berangkat meninggalkan Peterana Diraja bagi meneruskan atur cara Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Balairung Seri.
Sebanyak 116 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami