awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim bertemu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman di Riyadh hari ini

Bernama
Bernama
04/11/2025
06:38 MYT
Sultan Ibrahim bertemu Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman di Riyadh hari ini
Lawatan negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi termasuk majlis santapan negara dan disertai oleh beberapa tokoh penting Johor. -Gambar fail/Facebook
RIYADH: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dijadual mengadakan perjumpaan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Al-Yamamah, di sini, hari ini.

Ringkasan AI
  • Sultan Ibrahim dijadual mengadakan perjumpaan dengan Putera Mahkota Arab Saudi di Istana Al-Yamamah, Riyadh.
  • Lawatan negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi termasuk majlis santapan negara dan disertai oleh beberapa tokoh penting Johor.
  • Lawatan ini menunjukkan komitmen Malaysia dan Arab Saudi untuk memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim akan disambut dengan istiadat sambutan negara di istana berkenaan sempena lawatan negara selama empat hari ke Arab Saudi, yang turut disusuli dengan majlis santapan negara.
Mengiringi Seri Paduka dalam lawatan ini ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj serta Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Seri Paduka Baginda tiba di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di sini pada pukul 12.30 tengah hari semalam.
Kunjungan ini merupakan lawatan negara pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak lawatan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 1984.
Menurut kenyataan Istana Negara, lawatan negara itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Arab Saudi untuk memperkukuh hubungan dua hala, di samping memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, geopolitik, pertahanan dan hal ehwal Islam.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang akan Sultan Ibrahim jumpa semasa lawatan ke Arab Saudi? A: Sultan Ibrahim dijadual mengadakan perjumpaan dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman di Istana Al-Yamamah.
  • Q: Apakah tujuan lawatan negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi? A: Lawatan negara ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi serta memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.
  • Q: Siapakah yang menyertai Sultan Ibrahim dalam lawatan ke Arab Saudi? A: Tunku Temenggong Johor, Tunku Panglima Johor, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut serta dalam lawatan Sultan Ibrahim ke Arab Saudi.

Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#putera mahkota arab saudi
#Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud
#Lawatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan