MALAYSIA
Sultan Ibrahim disambut dengan istiadat sambutan negara di Istana Al-Yamamah
Pada majlis itu, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan dan Seri Paduka Baginda serta Putera Mahkota memeriksa kawalan kehormatan sebelum memasuki Istana Al-Yamamah. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
RIYADH: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim disambut dengan istiadat sambutan negara di Istana Al-Yamamah di sini hari ini sempena lawatan negara empat hari ke Arab Saudi yang bermula semalam.
Istiadat itu bermula kira-kira 1.30 tengah hari (6.30 petang waktu Malaysia) dan keberangkatan Sultan Ibrahim disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Pada majlis itu, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan dan Seri Paduka Baginda serta Putera Mahkota memeriksa kawalan kehormatan sebelum memasuki Istana Al-Yamamah.
Sultan Ibrahim dan Putera Mahkota kemudiannya diperkenalkan kepada para pegawai daripada Arab Saudi dan Malaysia.
Atur cara disusuli dengan jamuan makan negara yang dihoskan oleh Putera Mahkota sebelum Seri Paduka Baginda berangkat pulang ke hotel.
Sultan Ibrahim tiba di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada 12.30 tengah hari semalam sekali gus menandakan lawatan negara pertama Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi sejak kali terakhir dilaksanakan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada 1984.
Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam lawatan ini Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut kenyataan Istana Negara, lawatan negara itu mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Arab Saudi untuk memperkukuh hubungan dua hala, di samping memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, geopolitik, pertahanan dan hal ehwal Islam.
Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 12 kunjungan berprofil tinggi telah diadakan antara Malaysia dan Arab Saudi.
Arab Saudi juga merupakan rakan dagang ke-14 terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM44.74 bilion (USD9.79 bilion).
Lawatan negara ini adalah yang kelima dilaksanakan oleh Sultan Ibrahim selepas Singapura, China, Brunei dan Rusia.
-- BERNAMA