MALAYSIA
Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah rai ulang tahun perkahwinan ke-43
Semoga Allah terus mengurniakan rahmat serta keberkatan dalam rumah tangga kami dan mengurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, titah Sultan Ibrahim. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur sempena ulang tahun perkahwinan Seri Paduka Baginda bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang ke-43 hari ini.
Titah baginda menerusi perkongsian di platform media sosial, sepanjang 43 tahun itu, baginda berdua menempuh pelbagai suka dan duka bersama.
“Alhamdulillah, sepanjang 43 tahun ini kami menempuh pelbagai suka dan duka bersama.
"Semoga Allah SWT terus mengurniakan rahmat serta keberkatan dalam rumah tangga kami dan mengurniakan kebahagiaan yang berpanjangan,” titah baginda.
Pasangan diraja itu mendirikan rumah tangga pada 22 Sept 1982 dalam satu istiadat gilang-gemilang di Johor Bahru.
Sejak itu, baginda berdua sentiasa menjadi simbol kesetiaan, kasih sayang dan teladan kepada rakyat.
Hasil perkahwinan, baginda berdua dikurniakan enam cahaya mata iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Idris Iskandar, Allahyarham Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar.
Sebagai Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dikenali dengan peranan aktif dalam bidang pendidikan, kebajikan serta penulisan, manakala Sultan Ibrahim pula terkenal dengan keprihatinan baginda terhadap isu rakyat serta komitmen memelihara kedaulatan negara.
Ulang tahun ke-43 ini bukan sahaja meraikan ikatan rumah tangga Seri Paduka Baginda berdua, malah menjadi inspirasi kepada rakyat mengenai erti kesetiaan dan keteguhan dalam membina keluarga.