awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan

Bernama
Bernama
06/01/2024
09:55 MYT
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini untuk tempoh lima tahun. - Gambar/ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
Sultan Ibrahim bertitah sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta kerajaan negeri.
"Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk menghadap.
"Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar," titah baginda kepada Royal Press Office menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.
Sultan Ibrahim akan memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 mulai 31 Jan ini untuk tempoh lima tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Sultan Johor
#Yang di-Pertuan Agong
#permohonan menghadap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan