awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor bangga anak kelahiran muar dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi Nasa

Bernama
Bernama
09/05/2022
12:32 MYT
Sultan Johor bangga anak kelahiran muar dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi Nasa
Sultan Ibrahim bertitah pencapaian membanggakan wanita itu telah mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa. - Foto Instagram/@officialsultanibrahim
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga atas kejayaan wanita kelahiran Muar yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Amerika Syarikat.
Kisah Florence Tan yang berasal dari kampung nelayan di daerah itu dan sedang berkhidmat di Ibu Pejabat NASA, tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pencapaian membanggakan wanita itu telah mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa.
"Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini sehingga menempa nama di luar negara.
"Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa," titah Sultan Ibrahim.
Menurut Sultan Ibrahim, kejayaan Florence akan menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan di peringkat dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Timbalan Ketua Juruteknologi
#NASA
#Florence Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan