Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan bertindak sebagai pendamai dalam mencari penyelesaian terhadap isu perobohan sebuah kuil Hindu di Seri Alam, baru-baru ini.
Usaha pendamai dilakukan ketika baginda berkenan menerima mengadap beberapa wakil Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar dengan diiringi Anggota Exco Negeri Johor, R. Vidyananthan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.
Gambar-gambar pertemuan baginda bersama pihak berkenaan telah dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda.
Turut kelihatan dalam pertemuan itu ialah anakanda baginda Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.
Dalam entri di laman Facebook itu susulan pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memastikan satu lokasi baharu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina semula kuil itu.
Sultan Ibrahim juga memaklumkan bahawa baginda dan Tunku Idris masing-masing turut berkenan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM100,000 dan RM70,000 kepada jawatankuasa kuil untuk menampung kos pemindahan kuil ke tapak baharu.
Baginda juga menggesa semua pihak agar memberikan kerjasama penuh bagi menyelesaikan perkara itu secara baik tanpa perlu diperbesar-besarkan lagi.
Sebelum ini, kerajaan negeri difahamkan telahpun menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baharu yang dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam tetapi ditolak oleh pengurusan kuil yang bertegas mahu kekal di tapak sedia ada.
Kuil berusia 80 tahun itu mencetuskan kontroversi baru-baru ini berikutan perobohannya pada 11 Jan lalu selepas pemilik sah tanah mendapat kebenaran perintah makhmah yang dipohon secara persendirian setelah semua rundingan dengan pengurusan kuil menemui kegagalan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2018
Susulan pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memastikan satu lokasi baharu disediakan oleh kerajaan negeri untuk membina semula kuil itu.- Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
ADUN cadang guna pempengaruh tingkat hebahan program kerajaan Selangor
Muhammad Izuan berkata hal ini kerana golongan berkenaan dilihat lebih terkesan menerima maklumat daripada pempengaruh.
Wan Rosdy umum penyusunan semula portfolio exco
Keputusan dibuat selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.
Isu 'larangan' terbabit program kementerian: Mat Sabu dakwa Azman bohong
Mohamad ulas dakwaan Azman berkenaan 'larangan' pembabitannya dalam program anjuran agensi Persekutuan itu di Terengganu.
Penerbangan Ipoh-Bangkok tidak lama lagi
Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan perbincangan dengan Thai Travel Agents Association (TTAA) mengenai laluan penerbangan dari Ipoh ke Bangkok, Thailand yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat ADUN PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.
Siling runtuh: Padang Dataran Pahlawan bukan tempat letak kenderaan - Exco
Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka mendapati berlakunya resapan air ke dalam bangunan menempatkan Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan berikutan retakan di atas padang yang menyebabkan air bertakung.
Operator terlibat gangsterisme, sukarkan usaha hapus tapak sampah haram di Selangor- Exco
Halangan fizikal dan provokasi pihak tertentu antara masalah dihadapi kerajaan Selangor dalam usaha membasmi pembuangan sampah haram.
10 ADUN BN, PH angkat sumpah sumpah jawatan Exco Perak
10 ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah.
Kenderaan Exco Johor disaman kerana potong barisan
Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di sini pada 9.45 pagi, Isnin lepas.
Johor kaji bina jajaran LRT di Johor Bahru - Exco
Kerajaan Negeri Johor sedang mengkaji untuk membangunkan transit aliran ringan (LRT) di Johor Bahru bagi menyepadukan sistem pengangkutan di bandar raya berkenaan.