awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin berebut kuasa ketika rakyat susah

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
10/08/2021
10:56 MYT
Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin berebut kuasa ketika rakyat susah
Sultan Ibrahim menyeru kepada semua pemimpin Islam terutama yang berbangsa Melayu di negara ini supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT.
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Dalam hantaran terbaharu yang dikongsi di Facebook baginda, Sultan Ibrahim menyeru kepada semua pemimpin Islam terutama yang berbangsa Melayu di negara ini supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT.
"Dialah (Allah S.W.T) yang memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
"Oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah.
"Bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air.
"Sekarang adalah masa untuk berebut-rebut membantu rakyat, bukannya masa untuk berebut kuasa dan kedudukan," titah baginda sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah hari ini.
Sumber Facebook officialsultanibrahim
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#pemimpin berebut kuasa
#mengganggu kerajaan
#COVID-19
#pemimpin Islam
#Allah SWT
#Tahun 1443 Hijrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan