Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis memandu sendiri keretapi sejauh 50 kilometer menuju ke Stesen keretapi Kluang untuk bertemu rakyat.
Baginda dijadual akan berada di Kluang selama lima hari dan selain atas urusan peribadi Sultan Johor difahamkan akan turut mencemar duli meninjau bazar Ramadan untuk bertemu dengan rakyat.
Sultan Ibrahim sebelum itu tiba di Johor Baharu (JB) Sentral kira-kira pukul 2 petang dan disambut Presiden KTMB Datuk Elias Kadir dan pegawai kerajaan negeri sebelum menuju ke gerabak untuk memandu keretapi Sinaran Selatan yang dinaiki kira-kira 150 penumpang.
Baginda yang kelihatan teruja untuk memandu keretapi berkenaan sempat bertitah kepada pemberita dengan menyatakan telah merancang perjalanan tersebut sejak bulan lepas.
Persediaan mental dan fizikal juga dilakukan untuk memandu keretapi berkenaan yang mengambil masa dua jam 15 minit untuk tiba di Kluang, titah baginda.
Ini merupakan kali kelima baginda memandu sendiri keretapi selepas mendapat lesen memandu lokomotif berkuasa tinggi pada Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) Jun 2010.
Bernama
Thu Jul 11 2013
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
KTMB tawar 4.4 juta tiket bagi tempoh Julai hingga Disember 2023
Sebanyak 1.8 juta tiket ditawarkan untuk perkhidmatan ETS, sementara bagi perkhidmatan KTM Intercity, 2.6 juta tiket disediakan.
Tiga cedera dalam serangan bom pada kereta api di selatan Thailand
Kereta api dengan 300 penumpang itu dalam perjalanan dari Sungai Kolok ke Nakhon Si Thammarat.
Tiket ETS, KTM Antarabandar untuk perjalanan 1 hingga 14 Julai mula dijual hari ini
Jadual waktu sedia ada masih dikekalkan dengan tambahan enam lagi perkhidmatan ETS pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula Jumaat ini.
Tangguh HSR: Malaysia tidak perlu bayar pampasan - Azmin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata persetujuan secara bersama itu dicapai kedua-dua negara sebelum ini.
Lelaki maut, putus tangan dan kaki digilis kereta api
Seorang lelaki maut dalam keadaan ngeri selepas digilis kereta api berhampiran Kilometer 88, Kampung Balakau, Beaufort, hari ini.
Tidak endah arahan berhenti, 8 maut MPV dilanggar kereta api
Difahamkan, mangsa sedang hamil enam bulan dan akibat kemalangan maut itu, janin yang dikandungnya terkeluar dari rahim.
Kereta api laju rempuh ambulans, 2 maut
Dua penumpang ambulans termasuk seorang doktor dan seorang paramedik maut dalam tragedi itu.
Pengembaraan 18,200km London-KL, Aini Mydin bukti usia bukan penghalang
Berbekalkan keazaman yang tinggi, Aini Mydin, 60 tahun mengembara secara solo dari kota London ke Kuala Lumpur selama dua bulan dengan menaiki keretapi.
Berapa lama dari Semenyih ke KL? Ini yang kami tahu
Menjelang PRK Semenyih, warga bandar itu mengambil kesempatan untuk meluahkan perasaan mengenai isu-isu yang dihadapi oleh mereka, terutama bagi golongan B40 dan M40.
Video viral: Lelaki terima 13 jahitan disondol babi hutan tak keruan
Lelaki berkenaan dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan sebelum babi hutan itu berlari dari satu arah dan merempuhnya.