[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
NATIONAL

Sultan Johor, Permaisuri zahir ucapan takziah kemangkatan Ratu Elizabeth II

Bernama 09/09/2022 | 07:06 MYT
Dalam catatan di Facebook, pasangan diraja itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Great Britain.- Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II semalam.

Dalam catatan di Facebook, pasangan diraja itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga diraja dan rakyat Great Britain.

"Kami amat berdukacita mendengar berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Ratu Elizabeth II," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Istana Buckingham pada Khamis mengumumkan Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun.



-- BERNAMA
#Ratu Elizabeth II #Sultan Johor #Sultan Ibrahim #Raja Zarith Sofiah