awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor terima menghadap Menteri Pengangkutan

Bernama
Bernama
28/03/2023
15:57 MYT
Sultan Johor terima menghadap Menteri Pengangkutan
Loke yang tiba di Johor bersempena lawatan kerja sehari beliau, turut mempersembahkan taklimat serta perkembangan projek infrastruktur berkaitan pengangkutan yang sedang dilaksanakan di negeri itu. - Gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di sini hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.
Loke yang tiba di Johor bersempena lawatan kerja sehari beliau, turut mempersembahkan taklimat serta perkembangan projek infrastruktur berkaitan pengangkutan yang sedang dilaksanakan di negeri itu.
Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam itu menyentuh perkembangan kerja-kerja berkaitan Projek Sistem Transit Rapid (RTS), Projek Transit Bas Rapid Iskandar Malaysia (IMBRT) dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB).
Hantaran itu memaklumkan sesi menghadap Sultan Johor adalah kelaziman bagi perwakilan asing mahupun pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan yang mengadakan lawatan kerja ke Johor, bagi mempersembahkan perkembangan projek atau program-program yang dijalankan di negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Facebook
#media sosial
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan