Sultan Johor terima menghadap Salahuddin Ayub

Bernama
Disember 11, 2022 05:26 MYT
Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam di Johor Bahru. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Menerusi satu hantaran dalam Facebook rasmi baginda, pertemuan itu berlangsung selama kira-kira sejam di Johor Bahru.
"Pertemuan itu juga merupakan kunjungan hormat pertama beliau kepada Tuanku Sultan Ibrahim selepas pelantikan ke barisan menteri Persekutuan yang diumumkan pada minggu lepas," menurut hantaran itu.
Salahuddin ialah Ahli Parlimen Pulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.
-- BERNAMA
#Sultan Johor #Sultan Ibrahim #Salahuddin Ayub #Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup