awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor tidak adakan rumah terbuka kerana berkabung

Bernama
Bernama
11/06/2018
11:09 MYT
Sultan Johor tidak adakan rumah terbuka kerana berkabung
Abdul Rahim berkata, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, rumah terbuka tidak dapat diadakan pada tahun ini dan Insya-Allah majlis seperti itu akan diadakan pada tahun-tahun hadapan. - Gambar fail
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan dukacita kerana tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka bersempena Aidilfitri tahun ini.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata ini disebabkan Sultan Johor dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kemangkatan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah pada 1 Jun lepas.
"Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Bangsa Johor.
"Duli Yang Maha Mulia tuanku amat terharu dan dukacita tidak dapat mengadakan majlis rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disebabkan tuanku dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kembalinya ke Rahmatullah paduka bonda Tuanku yang dikasihi Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom, pada 1 Jun yang lalu," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata adalah menjadi tradisi bagi Sultan Johor dan keluarga diraja untuk beramah mesra dan bercampur gaul dengan rakyat dalam majlis perjumpaan rumah terbuka Hari Raya.
"Bagaimanapun, atas sebab yang tidak dapat dielakkan, perjumpaan itu tidak dapat diadakan pada tahun ini dan Insya-Allah majlis seperti itu akan diadakan pada tahun-tahun hadapan," katanya.
"Duli Yang Maha Mulia Tuanku berharap rakyat memahami perkara ini. Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan keluarga diraja berdoa kehadrat Allah SWT barang apalah dikurniakan kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan rakyat sekalian, Amin," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Ramli
#Aidilfitri
#berkabung
#bonda
#Enche' Besar Hajah Khalsom
#hari raya
#mangkat
#rumah terbuka
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan