awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Johor titah syarat ketat program MM2H disemak segera

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/09/2021
07:32 MYT
Sultan Johor titah syarat ketat program MM2H disemak segera
Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu. - The Johor Royal Press Office
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini bertitah kerajaan perlu menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.
Baginda membangkitkan perkara berkenaan ketika menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah ini kerana Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.
“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” titah baginda.
Malaysia Rumah Keduaku | Segerakan semakan semula syarat MM2H - Sultan Johor
Di pertemuan itu Sultan Ibrahim turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan negeri Johori.
Pertemuan itu turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#ismail sabri yaakob
#mm2h
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan