MALAYSIA
Sultan Kedah berkenan rasmi "Urban Forest 1" Alor Setar
Sultan Kedah dan Sultanah Kedah berkenan melawat selepas merasmikan projek menghijau serta melestarikan bandar raya, Urban Forest 1 di Dataran Medan Bandar hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat merasmikan projek menghijau serta melestarikan bandar raya, Urban Forest 1 di Dataran Medan Bandar di sini hari ini.
Ringkasan AI
Naib Presiden Jemaah Datuk Negeri Kedah Datuk Bakar Din berkata projek tersebut merupakan kesinambungan kepada Program 2 Juta Pokok yang dilancarkan awal tahun ini, dengan sasaran menanam 2.2 juta pokok menjelang 2030.
Beliau berkata ia merupakan sebahagian usaha menjadikan Kedah negeri hijau dan lestari melalui konsep 'Bandar Di Dalam Taman' dengan mewujudkan ruang hijau yang memberi keseimbangan ekologi dan keceriaan kepada penduduk bandar.
"Projek ini diilaksanakan hasil kerjasama Jemaah Datuk Negeri Kedah bersama Majlis Bandaraya Alor Setar, kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan sokongan padu daripada pelbagai agensi kerajaan serta pihak swasta," katanya selepas majlis perasmian tersebut di sini, hari ini.
Turut berangkat Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Mahkota Kedah merangkap Presiden Jemaah Datuk Negeri Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin serta Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Bakar berkata spesies pokok yang ditanam termasuk Tacoma, Pulai, Merawan Siput Jantan, Bunga Matahari serta pelbagai jenis pokok hiasan dan renek yang sesuai dengan suasana bandar.
Selain itu, beliau berkata Urban Forest 1 merupakan permulaan kepada pelaksanaan beberapa lagi projek di bandar utama di seluruh negeri ini sejajar dengan aspirasi menjadikan Kedah negeri hijau, sejahtera dan lestari di samping menjaga ekosistem alam sekitar.
Tambah beliau lagi Urban Forest 1 juga akan menjadi daya tarikan baharu di bandar raya ini, selain beberapa kawasan menarik sedia ada di sekelilingnya termasuk Masjid Zahir dan Istana Kuning sempena Tahun Melawat Kedah 2025.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Projek menghijau bandar raya ini merupakan kesinambungan Program 2 Juta Pokok dengan sasaran menanam 2.2 juta pokok menjelang 2030 bagi menjadikan Kedah negeri hijau dan lestari.
- Urban Forest 1 dilaksanakan hasil kerjasama Jemaah Datuk Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar, kerajaan negeri, KPKT serta sokongan agensi kerajaan dan swasta.
- Projek ini bukan sahaja menjaga ekosistem bandar, malah dijangka menjadi daya tarikan pelancongan baharu berdekatan lokasi ikonik seperti Masjid Zahir dan Istana Kuning.