awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Kedah minta jemaah haji jaga nama baik negara

Bernama
Bernama
16/08/2017
23:50 MYT
Sultan Kedah minta jemaah haji jaga nama baik negara
Sultan Kedah bertitah, jemaah perlu menjaga adab dan mengelak sebarang perbalahan ketika berada di sana demi menjaga hubungan negara dengan Arab Saudi. -Gambar fail
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah meminta lebih 4,000 bakal jemaah haji dari negeri ini supaya menjaga nama baik negara sepanjang berada di Tanah Suci.
Baginda bertitah jemaah perlu menjaga adab dan mengelak sebarang perbalahan ketika berada di sana demi menjaga hubungan negara dengan Arab Saudi.
"Jemaah haji negara diiktiraf sebagai jemaah yang berdisiplin dan sebab itu, patuhilah arahan pihak berkuasa di sana. Jangan terbabit dalam sebarang kegiatan haram ketika di sana.
"Sekiranya berlaku, ia nanti menjejaskan imej negara dan hubungan dengan negara Arab Saudi," titah baginda pada majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Bakal Jemaah Haji Kedah di sini, Rabu malam.
Teks titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Anggota Lembaga Pengarah TH Tan Sri Badruddin Amiruldin.
Seramai 4,564 jemaah haji dari Kedah dan Perlis akan menunaikan Rukun Islam Kelima itu pada musim haji kali ini.
Sultan Kedah juga menasihatkan bakal jemaah haji supaya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadat tersebut.
"Beta mengharapkan jemaah haji meningkatkan amal ibadat dan dapat melaksanakan rukun wajib haji serta menjaga akhlak yang baik untuk mendapatkan haji yang mabrur," titah baginda sambil meminta mereka menjaga kesihatan kerana cuaca yang panas di Tanah Suci.
Pada majlis itu, Raja Muda Kedah turut beramah mesra dengan 287 bakal jemaah haji yang akan berlepas terus ke Makkah pada 3.30 pagi esok melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini.
Sementara itu, Abdul Azeez dan Badruldin serta pegawai-pegawai TH menziarahi keluarga seorang bakal jemaah haji yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
Allahyarham Azizan Darus, 66, dari Kampung Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah meninggal dunia pada 6.18 pagi tadi, kira-kira dua jam sebelum berlepas ke Mekah dengan penerbangan KT57.
Sebelum itu, Allahyarham Azizan melapor diri bersama-sama bakal jemaah haji lain di TH Hotel
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail mengesahkan kematiannya berpunca daripada 'Pulmonary Embolism' atau darah beku dalam saluran darah ke paru-paru.
TH dalam kenyataannya berkata ia akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham Azizan pada musim haji ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#jemaah
#nama baik
#Sultan Kedah
#Tanah Suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan