MALAYSIA
Sultan Kelantan kurnia lima ekor lembu, semarakkan ibadah korban MAIK
Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mencemar duli berangkat hadir pada Program Majlis Korban MAIK di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji, di sini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan lima ekor lembu untuk ibadah korban Majlis Ibadat Korban Jama'ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini hari ini.
Ringkasan AI
Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata lima ekor lembu itu termasuk 49 ekor lagi disembelih untuk diagihkan kepada 2,000 asnaf di jajahan Kota Bharu bermula petang ini.
"Daging korban berkenaan diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin menerusi masjid negeri. Setiap penerima akan mendapat dua kilogram daging bersama tulang.
"Saban tahun, majlis korban yang dilaksanakan MAIK sentiasa meriah kerana diimarahkan dengan sumbangan lembu-lembu daripada kerabat diraja, agensi kerajaan dan orang awam," katanya.
Pada majlis berkenaan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, berkenan menyaksikan penyembelihan lima ekor lembu korban.
Baginda meluangkan kira-kira 40 minit bersama lebih 500 penduduk pada majlis ibadah korban itu sebelum berangkat pulang.
Dalam masa yang sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, turut menyembelih seekor lembu korban pada program berkenaan.
Program Ibadat Korban Jama'ie adalah acara tahunan yang dianjurkan MAIK bagi meraikan asnaf dengan mengagihkan daging korban kepada golongan tersebut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sumbangan Sultan Kelantan: Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan lima ekor lembu untuk ibadah korban, yang merupakan sebahagian daripada 49 ekor lembu yang akan diagihkan kepada 2,000 asnaf di Kota Bharu.
- Pengagihan Daging Korban: Daging korban diagihkan kepada golongan fakir dan miskin melalui masjid negeri, dengan setiap penerima menerima dua kilogram daging bersama tulang.
- Penyertaan Kerabat Diraja dan Pemimpin Negeri: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra menyaksikan penyembelihan lembu korban, sementara Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut menyembelih seekor lembu dalam program tersebut.