Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan melancarkan Tabung Bencana Diraja bagi membantu rakyat Kelantan yang terjejas dengan banjir besar pada Disember tahun lepas.
Tabung itu dilancarkan sempena majlis santapan malam 'Walk with Me 2015' yang dianjurkan Pertubuhan Kerabat D'raja Kelantan Al-Muhammadi di sini malam ini.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Pengerusi majlis Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim berkata majlis itu merupakan acara amal bagi menggalakkan penyertaan rakyat dan syarikat korporat yang prihatin untuk turut membantu.
"Hampir setiap tahun Kelantan dilanda banjir di mana tahun lalu merupakan yang terburuk dan melibatkan kerosakan berskala besar. Justeru sebanyak mungkin dana masih diperlukan bagi proses baik pulih.
"Tambahan pula Kelantan bakal berdepan musim tengkujuh pada penghujung tahun ini. Oleh itu pelbagai persiapan perlu dilakukan bagi menghadapi banyak kerosakan dan kemusnahan," katanya.
Tabung yang dibuka sepanjang tahun itu membolehkan orang ramai untuk menderma melalui akaun bank atas nama Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan melalui nombor akaun (Bank Islam) 03036010053595.
Menurut Tengku Abdul Halim, setakat malam ini kutipan permulaan berjumlah RM1.072 juta berbentuk wang tunai berjaya dikumpul daripada 13 penderma utama yang akan disalurkan kepada penerima dalam bentuk bantuan kewangan, makanan, pakaian dan kos membaik pulih rumah.
Selain majlis santapan, Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi akan turut menganjurkan walkathon diraja 'Walk with Me' selama tiga hari bermula 7 Mei di Kota Baharu, Kelantan bagi mengeratkan silaturrahim antara golongan kerabat dan rakyat.
Pada program itu, rakyat berpeluang berjalan bersama Sultan Kelantan sepanjang enam kilometer dari Stadium Sultan Muhammad Ke-1V menuju Jambatan Sultan Yahya Petra sebelum berakhir di stadium yang sama.
Bernama
Sat May 02 2015
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melancarkan Tabung Bencana Diraja bagi membantu rakyat Kelantan yang terjejas akibat banjir.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
PM Anwar terima Darjah Kebesaran Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) di Istana Negeri pada Selasa.
Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.
PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan
Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum.
Sultan Kelantan ziarah makam Raja Perempuan Zainab II dan Tengku Azizah
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat menziarahi makam kedua-dua nenda baginda di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus
Penarikan balik pingat Mohammad Agus itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.
Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.