MELAKA: Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19.
Noor Jan, 64, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor dan berita kematiannya tular di media sosial sejak tengah hari tadi dengan rata-rata di ruangan komen terdapat tanda pagar #covidfighter yang memberi gambaran beliau meninggal dunia akibat COVID-19.
Berita itu turut dikongsikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah, yang juga aktivis, di laman Facebook rasminya hari ini.
Noor Jan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.
Pada 3 Julai 2018, Mahkamah Sesyen Melaka melepas dan membebaskan Noor Jan daripada empat pertuduhan menipu serta menyamar sebagai Sultan Melaka di Majlis Istiadat di A'Famosa Resort, Alor Gajah, pada 10 malam 28 Dis 2013.
Mahkamah Tinggi turut membebaskan beliau pada April 2019 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Noor Jan berhubung empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021

Noor Jan, 64, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor dan berita kematiannya tular di media sosial. - Gambar/ Facebook Abdul Rani Kulup.

Jual nasi lemak RM1 demi anak hidap sindrom Down, paru-paru kronik
Sepasang suami isteri sanggup berpanas dan hujan semata-mata mahu menjual nasi lemak berharga RM1 sebungkus demi membiayai belanja perubatan anak perempuan mereka yang menghidap sindrom Down.

Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
Usaha banteras rasuah mula tunjuk kejayaan - Anwar
Perdana Menteri berkata, antara ukuran penting adalah tiada mana-mana kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang terlibat dalam salah laku rasuah.
Messi transformasi MLS
Kehadiran Messi ke kancah Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat telah mengubah landskap sukan itu di negara berkenaan, sekali gus menjadi perhatian dunia.

Pemuda UMNO tempelak Lian Ker pertikai Kongres Ekonomi Bumiputera
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kongres itu dijalankan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan diteruskan, sambil menegaskan ia langsung tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum-kaum lain.
Ronaldo raikan perlawanan ke-1,200, hampiri rekod Peter Shilton
Bintang sensasi bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo meraikan perlawanan profesional ke-1,200 dalam kariernya dengan satu jaringan dan satu bantuan gol ketika membantu kemenangan 4-1 Al-Nassr ke atas Al-Riyadh.

FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti
FAMA akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.
Pertimbang perluas pameran ke seluruh negara - Anwar
Jelas Perdana Menteri, program sedemikian dilihat mampu memberi pencerahan mengenai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mensejahterakan rakyat.
Malaysia bantah sikap AS tolak draf resolusi gencatan senjata
Malaysia juga kesal dengan sikap negara itu yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan dan mempertahankan pembunuhan serta kezaliman terhadap rakyat Palestin termasuk anak kecil dan wanita.
AS veto resolusi gencatan senjata Palestin
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban susulan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto ke atas resolusi gencatan senjata dalam Majlis Keselamatan PBB.

'Sultan Melaka' meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19
Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19.
.jpg)
Tahukah anda setiap bahagian rekaan Baju Melayu punya maksud tersendiri?
Anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada Baju Melayu mempunyai maksud tersiratnya sendiri.

Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang
Legenda menceritakan puteri berkenaan dikatakan mempunyai rupa paras jelita menjaga Gunung Ledang dan dipercayai masih mendiami gunung itu hingga kini.

'Sultan Melaka' didakwa, mengaku tidak bersalah
Seorang ahli perniagaan yang menggelar dirinya sebagai Sultan Melaka hari ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyamar dan memperdaya empat lelaki.

16 enakmen akan dipinda pada persidangan DUN - Idris Haron
Enakmen yang akan dipinda juga merangkumi penggunaan lambang, nama dan darjah kebesaran bagi mencegah penyalahgunaannya.

Aura Puteri Gunung Ledang mendekati generasi baru
Berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya sejak 20 Mac lalu, tidak keterlaluan untuk meletakkan skala pementasan konsert ini bertaraf dunia.

Ahli perniagaan dakwa diri Sultan Melaka bebas dengan jaminan polis
Noor Jan Tuah dibebaskan selepas perintah tahanan reman sejak 15 Januari lepas berakhir hari ini.

'Permaisuri': Suami sayalah 'Sultan Melaka' sebenar
Seorang wanita yang mengelar dirinya sebagai permaisuri, mendakwa suaminya sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.

'Sultan Melaka' direman untuk tiga hari lagi
Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menyambung reman ahli perniagaan Noor Jan Tuah selama tiga hari lagi.

Lelaki dakwa Sultan Melaka ditahan reman 4 hari
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan di bawah Akta hasutan 1948.