awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran berikan amaran kepada AS agar tidak terlibat dalam serangan Israel, gesa kembali ke meja rundingan
MALAYSIA
Dua remaja sesat diselamatkan selepas 'WhatsApp' lokasi keberadaan
POLITIK
Fuziah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PKR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Sultan Mizan berkenan rasmi Mayang Mall, mercu peruncitan baharu Terengganu

Bernama
Bernama
21/06/2025
10:27 MYT
Sultan Mizan berkenan rasmi Mayang Mall, mercu peruncitan baharu Terengganu
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan pusat beli-belah baharu di Terengganu, Mayang Mall. - Foto FB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan pusat beli-belah baharu di Terengganu, Mayang Mall.

Ringkasan AI
  • Sultan Terengganu merasmikan Mayang Mall di Kuala Terengganu, pusat beli-belah baharu berkeluasan 1.64 juta kaki persegi dengan 308 lot kedai, hasil pelaburan RM400 juta oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB).
  • Mayang Mall dijangka merangsang ekonomi tempatan, mencipta peluang pekerjaan dan menyokong usahawan serta industri pelancongan di Pantai Timur.
  • Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi pertama pelaburan PHB di wilayah Pantai Timur, kerana potensi besar dalam sektor perdagangan, perkhidmatan dan pelancongan, serta kekuatan infrastruktur dan sumber tenaga kerja.

Keberangkatan baginda dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah disambut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Turut berangkat ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Datuk Seri Muhammad Mu'az, Tengku Puteri Utama Raja Tengku Datuk Seri Nadhirah Zahrah, serta Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra.
Raja Arshad berkata pembukaan Mayang Mall yang melibatkan pelaburan berjumlah RM400 juta merupakan satu lagi pencapaian strategik PHB dalam usaha memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pembangunan hartanah komersial yang mampan dan bernilai tinggi di Malaysia.
Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu, pusat beli-belah itu mempunyai keluasan 1.64 juta kaki persegi dan menempatkan 308 lot kedai yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan merangkumi pelbagai segmen peruncitan.
"Kuala Terengganu dipilih sebagai destinasi pertama pelaburan PHB di Pantai Timur kerana potensinya yang besar dalam sektor pelancongan, perdagangan dan perkhidmatan.
"Kedudukan geografinya yang strategik, kemudahan infrastruktur yang lengkap serta bekalan modal insan yang kukuh juga menjadikan bandar ini berpotensi sebagai hab ekonomi baharu Pantai Timur," katanya dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Mayang Mall.
Beliau berkata pembukaan Mayang Mall turut mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan serta merancakkan sektor pelancongan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Terengganu
#Sultan Mizan Zainal Abidin
#merasmikan
#Mayang Mall
#Ahmad Samsuri Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami