awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Muhammad V berkenan solat hajat bersama 1,000 jemaah

Bernama
Bernama
26/09/2024
15:53 MYT
Sultan Muhammad V berkenan solat hajat bersama 1,000 jemaah
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat hajat sempena perayaan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-55 tahun di Masjid Al-Ismaili hari ini. - Foto BERNAMA
TUMPAT: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-55 di Masjid Al-Ismaili di Pasir Pekan di sini malam ini.
Baginda tiba pada 7.15 malam dan menunaikan solat Maghrib yang dipimpin oleh Mufti Negeri Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Majlis diteruskan dengan solat sunat hajat, bacaan surah yasin, tahlil dan doa sebelum menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Sultan Muhammad V meluangkan masa kira-kira dua jam di majlis itu sebelum berangkat pulang pada 9 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Kelantan Sultan Muhammad V
#solat hajat
#Masjid Al-Ismaili
#tahlil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan