awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port

Bernama
Bernama
09/01/2026
22:00 MYT
Sultan Nazrin berangkat ke majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-30 Lumut Port
Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (Lumut Port) di Galasa Caldwell, di Ipoh, malam tadi. - Gambar Bernama
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (Lumut Port) di Galasa Caldwell, di sini, malam tadi.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Lumut Port, Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul.
Mubarak Ali dalam sembah ucapannya berkata, tahun 2015 merupakan satu titik perubahan yang amat penting kepada Lumut Port apabila syarikat itu memulakan perubahan semula secara strategik.
"(Perubahan itu) dipacu oleh tiga pelan strategik perniagaan yang bermula dari tahun 2016 hingga 2026 dengan jumlah perbelanjaan hampir RM400 juta, menggunakan 58 peratus dana sendiri dan mengurangkan dana daripada pinjaman bank," katanya.
Mubarak Ali berkata, Lumut Port berjaya melaksanakan kesemua pelan strategik perniagaan itu dan kini sedang merancang pelan strategik perniagaan yang keempat, merangkumi pelan untuk 20 tahun iaitu hingga tahun 2045 dengan pelaburan sebanyak RM550 juta.
Beliau berkata, Lumut Port Terminal 2 bakal mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, iaitu satu lagi mercu tanda penting dalam sejarah perjalanan Lumut Port.
Menurut Mubarak Ali, pelan strategik keempat Lumut Port merangkumi antaranya pembesaran Lumut Port Terminal 1 dan Lumut Port Terminal 2 bakal menjadi satu daripada terminal pengendali gas cecair asli dalam negara.
"Lumut Port Terminal 3 kini dalam fasa pembangunan dan direncanakan siap pada tahun 2027. Kami juga dalam proses untuk memuktamadkan tapak bagi pembinaan Lumut Port Terminal 4.
"Matlamat kami jelas iaitu memastikan Lumut Port kekal relevan, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan serta terus menjadi pemangkin ekonomi negeri Perak," katanya.
Pada majlis malam ini, Saarani turut menyampaikan Anugerah Pelanggan Lumut Port kepada 14 penerima dan plak penghargaan kepada kakitangan Lumut Port yang berkhidmat dari 1995 hingga 2025 kepada tujuh penerima.
Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan nyanyian oleh artis terkemuka negara Anuar Zain, sebelum Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berangkat pulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Perak
#Sultan Nazrin Shah
#Lumut Port
#ulang tahun Lumut Port
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan