awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran bilik sewa di Sarikei
Ukraine tingkat rundingan dengan AS, dakwa Rusia tidak mahu diplomasi
Polis buka kertas siasatan isu zumba pakai seragam sekolah tanpa kain
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berangkat ke majlis Pemasyhuran Presiden KBGK 2026

Bernama
Bernama
18/01/2026
22:20 MYT
Sultan Nazrin berangkat ke majlis Pemasyhuran Presiden KBGK 2026
Sultan Nazrin Shah (empat dari kiri) berkenan berangkat pada Majlis Pemasyhuran Presiden Bagi Tahun 2026 Kelab Bakti Gunung Keledang di malam tadi. Turut hadir Menteri Besar, Saarani Mohamad (tiga dari kiri). - Gambar Bernama
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyaksikan Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) 2026, di sini, malam tadi.
Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Dalam majlis itu, Ismail Mohamed Yusuff yang juga seorang arkitek dimasyhurkan sebagai Presiden ke-39 kelab berkenaan menggantikan Muhammad Hamzah Md Hamdan.
Ismail yang menyertai kelab itu sejak 2016, antara individu yang terlibat dalam pembinaan beberapa bangunan di negeri ini, seperti Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 2016, Masjid Toh Puan Besar Hatijah (2014) dan mendapat pengiktirafan dunia menerusi Pusat Akuatik Tuanku Zara pada 2018.
Sementara itu, Ismail berkata, misi utama kepimpinannya adalah memperkukuh integrasi kaum melalui kerjasama strategik melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai latar belakang di Perak.
Beliau berkata, antara usaha yang dilaksanakan oleh kelab itu adalah bekerjasama dengan beberapa rakan strategik seperti Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Persatuan Nesakaranggal Perak dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#Pemasyhuran Presiden
#Kelab Bakti Gunung Keledang
#KBGK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan