MALAYSIA
Sultan Nazrin berkenan rasmi Dataran Waterfront Bagan Datuk
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Dataran Waterfront Bagan Datuk hari ini. - Foto Bernama
BAGAN DATUK: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Dataran Waterfront Bagan Datuk di sini.
Ringkasan AI
Keberangkatan tiba baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim disambut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Turut berangkat Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris dan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak, diikuti bacaan al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian serta menandatangani plak perasmian.
Baginda kemudian berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi maritim oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia di Sungai Perak.
Selesai menyaksikan pertunjukan tersebut, baginda dan Tuanku Zara berkenan melawat pameran berkaitan sejarah daerah Bagan Datuk, yang merupakan daerah ke-12 di Perak.
Projek Dataran Waterfront Bagan Datuk merangkumi beberapa komponen yang telah siap dilaksanakan termasuk pembinaan Terminal Jeti Pelancongan, kemudahan riadah dan rekreasi untuk pengunjung, pemuliharaan fasad bangunan kedai, serta kerja-kerja menaik taraf jalan di sekitar Pekan Bagan Datuk.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sultan Perak merasmikan Dataran Waterfront Bagan Datuk, disertai Raja Permaisuri Perak dan kerabat diraja lain, serta disambut oleh pemimpin tertinggi negeri dan persekutuan.
- Majlis perasmian diserikan dengan demonstrasi maritim dan pameran sejarah, menonjolkan elemen warisan serta kekuatan keselamatan maritim di Sungai Perak.
- Projek Dataran Waterfront merangkumi pelbagai kemudahan pelancongan dan infrastruktur, termasuk Terminal Jeti Pelancongan, kawasan riadah, pemuliharaan bangunan warisan, dan naik taraf jalan sekitar pekan