awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3.5 juta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/03/2025
23:00 MYT
Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3.5 juta
Sultan Nazrin berkenan menerima zakat daripada Khadri Khalid. - Foto MAIPk
KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat lebih RM3.5 juta daripada lima syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, pada Sabtu.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, penyerahan zakat itu didahului Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul berjumlah RM1,499,192.
Ia disusuli Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mesnor Bujang berjumlah RM1,034,000.
“Ia diikuti Royal College Of Medicine Perak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Kampus, Hisshamuddin Omar berjumlah RM400,000.
“Seterusnya TM Technology Services Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Perniagaan TM ONE, Wilayah Utara, Ahmad Nazri Ambi RM509,262,” katanya dalam kenyataan di sini.
Syamsul Hazeman berkata, penyerahan zakat terakhir oleh Zaman Motors Sdn. Bhd. yang diwakili Pengarahnya, Datuk Khadri Khalid dengan jumlah RM124,400.
Majlis penyerahan zakat itu diakhiri dengan majlis iftar yang turut dihadiri oleh Pegawai Agama dan Imam.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Sultan Nazrin Shah
#zakat perniagaan
#CeritaRamadan2025
#Ramadan2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan