MALAYSIA
Sultan Pahang berkenan kurnia rumah Ru’RASA kepada 50 penerima
Al-Sultan Abdullah diiringi Tunku Azizah berkenan menyerahkan replika kunci kepada seorang penerima pada Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Ru'RASA di Kampung Paya Luas, Kuantan, Pahang, pada Jumaat. - Gambar Facebook Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Jumaat berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) di Kampung Paya Luas, di sini.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, keberangkatan tiba baginda pada 12.20 tengah hari dengan memandu sendiri, diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyerahkan kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) kepada 50 penerima melibatkan penduduk dari Temerloh, Bera, Jerantut dan Maran.
Baginda menzahirkan harapan agar pemberian rumah Ru'RASA atau apa sahaja jenis rumah yang diusahakan kerajaan negeri untuk rakyat dihargai dengan sebaik mungkin.
"Jadikanlah rumah yang diterima ini seperti syurga untuk berteduh bersama keluarga. Rumah ini untuk penerima dan anak cucu tinggal di situ buat selamanya, jangan cepat fikir perkara yang tidak baik.
"Jaga rumah ini sebaik mungkin, jadikan ia sebagai tempat untuk menunaikan ibadah dengan selesa," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan supaya inisiatif perumahan seperti Ru'RASA diperluas kepada semua kaum kerana mereka juga merupakan rakyat Pahang.
Selain itu, baginda bertitah supaya isu bekalan air yang masih dihadapi rakyat di kampung tradisional serta perkampungan Orang Asli diberi perhatian segera dan tidak hanya menumpukan kepada projek sedang berjalan.
"Saya harap masalah air ini dapat diselesaikan secara berkesan. Dalam masa terdekat saya mahu taklimat terperinci di pejabat saya mengenai projek bekalan air untuk saya lihat sendiri. Kali ini saya mahu melihat dengan lebih dekat projek sedang dijalankan di seluruh daerah di negeri Pahang," titah baginda.
-- BERNAMA