[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, titah solat hajat diadakan

Bernama 29/05/2025 | 22:50 MYT
Al-Sultan Abdullah turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT. - Gambar fail Bernama
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat pada Khamis bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

"Baginda turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang malam tadi.

Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

-- BERNAMA



#Sultan Pahang #Sultan Brunei #Sultan Hassanal Bolkiah #Sultan Brunei masuk IJN