MALAYSIA
Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh
Al-Sultan Abdullah berkenan menangguhkan sebentar perjalanan ke Kuantan bagi membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, pada Jumaat. - Foto Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi memperlihatkan keprihatinan tinggi apabila baginda menangguhkan sebentar perjalanan bagi membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, pada Jumaat.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, Al-Sultan Abdullah ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
Semasa tiba di lokasi kejadian, baginda melihat kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta.
"Bimbang dengan kecederaan yang dialami penunggang motosikal terbabit menyebabkan baginda menitahkan agar kereta polis pengiring membawa mangsa ke Hospital Temerloh dengan segera untuk mendapatkan rawatan," menurut hantaran itu.
Sultan Pahang turut berkenan turun dari kenderaan untuk melihat serta bertanya sendiri situasi mangsa dan sebuah lagi kereta terlibat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan.
-- BERNAMA